BAB 3

Spiritual Series 1539

Ajaq dan Syahrul berlari menaiki tangga.Ditangan Ajaq ada telekung solat yang di 'pinjam' tadi.Mereka berdua masuk kedalam bilik menggosok yang duduknya betul betul di tepi dorm mereka.

Ajaq mengunci pintu dari dalam.

Ajaq terduduk sambil bersandarkan pintu.Syahrul pula melepas lelah sambil duduk diatas meja menggosok.

Bilik seterika yang mereka duduk sekarang ini sudah tidak digunakan lagi kerana plat yang ada tidak berfungsi dengan baik.Kalau terus guna jugak,akan berlaku masalah iaitu blackout.

Tambah pula,bilik ini tiada lampu.Maksud nya bukan tak ada mentol ke apa tapi mentol lampu tu terbakar.Sebab tu bilik ini tak digunakan.

"Syah..kau dah sediakan bantal golek kita?" Tanya Ajaq sambil memandang Syahrul yang ketika itu sedang mencabut kain ki diwajahnya.

"Dah.."Syahrul menjawab sepatah.

"Mana?" Tanya Ajaq lagi.

"Dalam almari tu.."Jawab Syahrul sambil menundingkan jari kearah satu almari.Ajaq ikut melihat apa yang Syahrul tunjuk.Rupa nya ialah sebuah almari yang tampak agak usang.

Ajaq meletakkan kain sembahyang ditepi kemudian dia bangun lalu menuju ke arah almari tersebut.Banyak habuk yang melekat pada almari itu.Ajaq nampak almari itu bercorakkan tumbuh tumbuhan.

Tanpa membuang masa,Ajaq membuka pintu almari itu.Seperti yang diberi tahu oleh Syahrul,bantal golek ada dalam tu.Terus Ajaq mengeluarkan bantal golek itu.

Ajak meletakkan bantal golek ditengah tengah bilik.Dia membelek belek sarung bantal golek tu.Ada banyak kesan batik sawa.Tak kurang dengan kesan air liur jugak.

"Yuks!!Busuknya..ada air liur!Yang siapa punya ni?Mesti yang kau kan?" Ajaq menuduh sebab kalau nak kata bantal golek ni yang dia punya,yang dia masih baru.

Jadi mesti yang Syahrul punya sebab Syarul letak kepala atas bantal golek pada setiap kali tidur.Mestilah air liur dia..

"Mana ada yang aku punya..Yang kau pun bukan." Jawab Syahrul yang sudah melabuhkan punggung didepan Ajaq.

"Ha?Dah tu,yang sape?" Tanya Ajaq.

"Rahim." Syahrul menjawab sepatah.Mulut Ajaq ternganga.Bulat mata Ajaq.Syahrul buat tak layan dengan pandangan mata yang tidak memukau tu.

"Ya,Jaq..Yang Rahim punya.Aku dah ambik awal awal lagi.Kan ke dia dah buat kau rasa tercabar?" Tanya Syahrul semula.Ajaq mengelipkan mata tiga kali dengan laju.

"Ouh..ya ya.." Hanya tu yang keluar.

"Dah..jom kita hias benda ni cantik cantik.Biar nampak real..hahaha..Sungguh kreatif kita kan?" Tanya Syahrul sambil sengih.Ajaq hanya mengangguk.

Mereka mula menyarung kain sembahyang pada bantal golek Rahim.

Hampir setengah jam berlalu.Projek mereka baru selesai.Ajaq dan Syahrul menyandarkan bantal golek tu pada dinding.

"Wow..so fantastic!Punjut tu nampak macam betul kan?" Tanya Syahrul yang teruja.Ajaq mengangguk laju.Bangga dengan idea nya yang mantap.

"Nak buat apa sekarang?" Tanya Syahrul.

"Kita simpan dulu..esok baru kenakan si Rahim bongok tu!" Kata Ajaq sambil menumbuk numbuk tangannya seolah olah itu ialah kepala Rahim.

"Tapi nak simpan kat mana?" Tanya Ajaq.Syahrul hanya diam kemudian dia memandang almari yang diperbuat dari kayu jati itu.

"Hehehehe.." Mereka berdua ketawa bersama.Ajaq membuka pintu almari manakala Syahrul masukkan bantal golek yang sudah dihias cantik cantik tu kedalam almari.

Mereka berdua tersenyum puas sebelum buat highfive.Ajaq dan Syahrul keluar dari bilik menggosok itu tanpa menyedari ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka dari awal mereka merancang lagi.

Siapakah dia?

'Benda itu' sedang berada di bawah meja menggosok.Dia juga pakai pakaian dan pakaian dia warna putih pudar.Tapi baju dia macam ada kesan tanah yang sudah lama dibiarkan.

"Seru aku kenapa?" Satu bisikkan pecah dalam ruang bilik itu.Nasib baik Ajaq dan Syahrul sudah keluar kalau tak dah bergegar satu bangunan ini.

Benda warna putih itu keluar dari tempat persembunyian deengan menggolekkan tubuh.Kemudian benda itu berdiri lalu bergerak dengan cara melompat pula.

'Ia'berhenti tepat didepan almari usang.Tiba tiba pintu almari itu terbuka dengan sendiri tanpa sebarang bantuan.

Benda itu masuk kedalam almari dan pintu almari itu terkatup dengan sendirinya juga.

••••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience