Keesokkan harinya..
Pukul 6.32 minit pagi barulah Ajaq dan Syahrul bangun dari tidur.Kenapa lambat sangat?Mana ada lambat..dah kira macam biasalah ni sebab mereka berdua biasa bangun pagi waktu macam ni lah..
Lepas mandi..mereka turun kedewan makan untuk mengisi perut.Sarapan pagi hari ini ialah roti canai dengan kari.Hem..sedapnya!
Lepas siap makan,mereka berkumpul. Kapten asrama iaitu Azman mengarahkan semua pelajar asrama membaca asma al husna.Semua patuh
Kemudian,Mat Amin selaku ajk dewan makan membebel tentang sikap pelajar yang suka buat bising ketika makan.Tiada apa yang serius pun berlaku.
Sekarang tibalah masa untuk kapten asrama membacakan kesalahan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar asrama.
"Dong tige belah..ade bokseh dekat palang katil kat ujung..Hok piye tu panda panda ah ambik.." Kata Azman dengan bahasanya yang orang luar sukar faham.
Ajaq tersengih sengih..Dorm 13 ialah dorm dia dan Syahrul.Katil paling hujung ialah katil milik dia.Perlahan lahan dia bergerak ke atas.
"Hor..ni se agi.Dong tige belah gok..ade kain kebo dok lipat..gi ah naik.." Kata Azman lagi.Kali ini Syahrul pula yang tersengih sambil mula bergerak.
Masa dia sampai di dalam dorm,Ajaq sudah siap.Ajaq tanya kenapa Syahrul ada kat sini.Lepas tu..Syahrul jawablah macam apa yang Azman bagitahu.
Ajaq berlalu meninggalkan Syahrul.Dua minit kemudian,Syahrul keluar dari dorm setelah melipat kain selimut.Dia memakai kasut sekolah yang asalnya warna putih kini dah jadi agak kuning.Padahal baru seminggu lebih bersekolah.
Tapi orang lelaki mana kisah dengan semua tu.Kasut kuning ke..Baju kedut ke..Apa dia kisah.Janji dia happy.Ya dok?
Semasa Syahrul melalui bilik menggosok, pintu bilik itu terbuka dengan sendiri.Ia menghasilkan bunyi berkeriut.Bila pintu itu dah terbuka seluas yang boleh,Syahrul terasa bagai ada angin dingin yang menyapa wajahnya.
Sangat dingin.Hingga menegakkan bulu tengkuknya.Tanpa membuang masa,terus Syahrul meninggalkan tempat itu.Sampai disekolah,terus Syahrul lupa untuk menceritakan kisah tadi kepada Ajaq.
••••
Malam itu..
Syahrul mengajak Ramli tidur didalam dormnya.Ramli tertanya tanya jugak..kenapa?Syahrul bagi jawapan ada budak dorm nya balik sebab demam.Oleh itu ada katil yang boleh Ramli tidur.
Ramli tak banyak songeh.Terus dia setuju.Lepas aje minum malam,Ramli ke dormnya untuk memeriksa jadual.Dia datang ke dorm Syahrul bersama kain selimut terus.
Ajaq dan Syahrul tersenyum bila tengok Ramli datang tanpa membawa bantal goleknya.Syahrul buat buat tanya.
"Kenapa tak bawa sekali bantal golek kau?" Tanya Syahrul sambil tahan senyum.
"Itulah aku nak bagitahu kau..bantal golek aku takde.Hilang..Ada orang curi kut..Aku sedar hilang lepas hari yang blackout tu..
Siapalah yang berani curi bantal golek aku tu..Kalau aku tahu,aku nak repot dekat warden.Harap harap tangan orang yang curi tu akan buruk!" Kata Ramli dengan nada tidak puas hati.Dia tidak tahu bahawa orang yang mencuri ada didepan mata.
Ajaq dan Syahrul berpandangan.Tangan buruk?Boleh jadi betul betul ke benda tu?Sebab Ajaq dan Syahrul jenis yang nakal,manalah mereka nak takutkan?
"Ya ke..aku pun hilang barang.Tapi aku hilang selipar aku." Celah Ajaq selepas tersedar bahawa dia kehilangan selipar jepunnya.Dia tak tahu bahawa selipar dia dah diambil oleh pegawai asrama.
Dan dia juga tak tahu bahawa pegawai itu telah menyerahkannya kepada warden asrama yang bernama encik Syahichan pada awal pagi tadi..
"Eh..dah dekat pukul sebelah setengah.Jom tidur.." Ajak Ajaq sambil sudah merebahkan badan diatas katil.
"Aik..biasanya kau lah kaki paling tidur lambat.Apasal malam ni nak tidur awal pulak?" Tanya Ramli yang keliru.Ajaq terdiam sekejap.
"Err..hari ni aku ngantuklah..penat sangat.Err..Syah!Tolong tutup lampu tu..Lampu tu dah buat aku silau mata.Aku dah nak tidur ni." Ajaq memberi arahan kepada Syahrul tanpa memikirkan pelajar lain yang masih ingin memeriksa jadual.
Syahrul bergerak ke tempas suis lampu..
"Abang Syah..jangan tutup lagi.Orang nak cek jadual ni.." Amir,budak tingkatan dua merungut.Syahrul buat tak layan.Terus dia tutup suis lampu.
"Arghh..siapa suruh kau buat kerja lambat sangat?Orang dah ngantuk..nak tidur.Esok lambat pulak bangun." Jawab Syahrul dengan selamba.Hek eleh..macam lah kalau mereka tidur awal,mereka akan bangun awal juga.
Pirrah..
Syahrul dan Ramli bergerak ke katil masing masing.Syahrul buat buat tidur..
Kroohh..kroohh..
Akhirnya Ramli juga tertidur.
Ajaq dan Syahrul berjaga sampai pukul satu pagi semata mata nak kenakan Ramli.Padan muka Ramli sebab gatal sangat nak hantu datang depan depan.
Kau tunggulah..nanti kau akan jumpa dengan hantu tu.
Sebenarnya..Ajaq dan Syahrullah hantu dalam asrama ni..suka sangat buat kecoh!
Tanpa mereka sedari,ada benda warna putih tengah menunggu Ajaq dan Syahrul.Benda tu sedang menunggu dalam almari usang kayu jati yang berada dalam bilik menggosok sebelah..
•••
Share this novel