Bunyi loceng telah membuatkan semua orang bertindak dengan cepat.Semua pelajar aspura beratur di tempat berkumpul dalam dorm masing masing.
Macam biasa,semua pelajar dikehendaki membaca asma al husna.Selepas itu kapten asrama membacakan kesalahan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar asrama.
"Errmm...Dong tiga ada baldi bowoh lata ujung skali..Gi arr ambik.." Kata Azman dengan loghat macam biasanya.Ajaq nampak ada seorang budak mula bergerak.Mungkin itu ialah ahli dorm tiga.Paling tak pun,itulah yang bermain di fikiran Ajaq.
"Horr..ni se agi eh..Dong sepuluh,ada cadar dok kemah..Rasanya hok Ramli orh.." Kata Azman lagi.Ajaq segera tersenyum sinis.
Kelihatan Ramli perlahan lahan bergerak ke bangunan asrama lelaki.Semua orang melihatnya membuatkan Ramli jadi malu sendiri.
Tiga minit kemudian,budak yang pergi tadi datang semula untuk kembali berkumpul.
"Errmm..bace doa nok gi sekoloh..Pahtu jalan ikut kiri dulu." Arah Azman lagi.Semua orang patuh.Baru aje pelajar mahu bergerak,ada Encik Syahichan tiba tiba datang dari belakang.
Semua orang terkejut dengan kehadirannya yang tiba tiba.Encik Syahichan bergerak kedepan dimana tempat yang selalu Azman berdiri.
"Assalamualaikum." Encik Syahichan memberi salam.Semua orang menjawab salam.
"Kamu semua tahu kenapa saya berdiri disini?" Tanya Encik Syahichan dengan nada yang tegas.Semua orang berpandangan sesama sendiri lalu menjawab tidak dengan serentak.
"Kamu tahu kenapa sehari dua hari ni kamu tidak dibenarkan berada disurau dan hanya bersembahyang didalam dorm?" Tanya Encik Syahichan lagi.Semua orang menggeleng menidakkan.
"Saya langsung tak sangka sama sekali yang pelajar asrama kita ada yang mencuri." Kata Encik Syahichan sambil menyilangkan tangan kebelakang.
Semua orang termasuk Ajaq dan Syahrul nampak sangat terkejut.Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Siapa yang mencuri?"Ajaq bertanya kepada Syahrul.Syahrul mengangkat bahunya sambil berkata," Entahlah.."
"Ajk surau aspuri telah mendapati ada telekung sembahyang hilang.Dan saya rasa ini perbuatan pelajar aspura." Kata Encik Syahichan sambil membaiki cermin mata hitamnya.
Semua pelajar asrama kelihatan terkejut sangat.Yang paling terkejut pastilah Ajaq dan Syahrul.Jantung Ajaq berdegup dengan kencang sebab dia takut tertangkap.Dia tak mahu dikenakan hukuman sebab dia tak mahu ibu bapanya dikampung malu atas sikapnya.
Ajaq dan Syahrul berpandangan buat seketika waktu.Syahrul dengar ada budak bercakap cakap dibelakangnya.
"Tu kan barang orang perempuan?Kenapa kata perbuatan orang lelaki nya?Orang lelaki mana perlukan benda macam tu.." Syahrul dengar suara budak lelaki macam tak puas hati.
"Nak tahu kenapa saya rasa pencurinya orang lelaki?" Tanya Encik Syahichan.Semua orang mengangguk termasuk Ajaq dan Syahrul.Dia tak mahu orang mengesyaki mereka hanya kerana tak angguk.
"Ada pegawai jumpa ni." Kata Encik Syahichan sambil mengangkat sesuatu yang berbungkus dengan plastik.
Alangkah terkejutnya Ajaq dan Syahrul apabila lihat benda itu ialah selipar yang dia tak sempat pakai.Masa tu dia tinggalkan selipar itu macam tu saja sebab dia nak selamatkan diri daripada tertangkap oleh pegawai asrama.
Ajaq telan air liur.
"Ini selipar siapa?" Tanya Encik Syahichan lagi.Semua orang berpandangan seolah olah meminta pendapat.Lama mereka begitu sehingga Syahrul bersuara.
"Tak tahu cikgu.Sebab tu selipar jepun.Kat asrama ni ramai yang pakai selipar macam tu.Selipar tandas pun ya cikgu.." Kata Syahrul dengan beraninya.
Kemudian kelihatan ramai budak yang mengangguk seolah olah menyokong pendapat Syahrul yang boleh dikira logik.
Encik Syahichan diam selama seminit.Kemudian barulah dia bersuara semula.
"..dan saya rasa ini perbuatan budak lelaki adalah kerana ada kesan tanah atas lantai surau.Saya dah periksa,kesan tanah tu datang dari bahagian blok aspura.
Masakan ada pelajar aspuri yang berani lalu ikut bahagian itu.Cari nahas maknanya itu.." Encik Syahichan bersuara semula.Semua orang diam.
"Ouh ya..setelah mendengar penjelasan daripada pegawai tersebut,saya mendapati pencurinya ialah dua orang.Katanya,seorang badan kering dan sorang lagi tubuh berisi." Kata encik Syahichan lagi.
Alamak..Ajaq sudah tidak dapat bertenang lagi.Dia sangat takut jika perbuatannya akan terkantoi nanti.'Ya Allah..tolonglah hamba mu ini..Hamba mu ini tak salah..Hamba mu ni ada sebab buat semua tu..'Ajaq berdoa dalam hati.
"Kalau dua orang,maknanya pelaku itu ialah Ajaq dan Syahrul lah.." Ajaq dan Syahrul dengar Ramli bersuara.Terus Ajaq terkejut beruk.
Encik Syahichan macam berminat nak tahu.
"Apa yang membuatkan kamu rasa begitu?" Tanya Encik Syahichan yang sudah mula menghampiri Ramli yang ketika itu tengah memerah otak.
"Yalah cikgu..semua orang dah tahu yang Ajaq dan Syahrul ialah kawan baik.Duduk pun asyik dekat dekat je..nak kata kembar bertempek tu,tak ada lah pula mereka berdua melekat.." Tuduh Ramli lagi.Isy..tak sayang mulut betul dia berani menuduh Ajaq dan Syahrul.
Err..tuduh ke memang kenyataan?
"Buat apa apa pun,mereka mesti bersama..Dah lah nakal nak mampus.Mesti dah tak tahu baik ke buruk sampai mencuri dalam rumah Allah pun mereka sanggup." Ramli bersuara lagi.Kini Ajaq dan Syahrul menjadi bualan sana sini pelajar.
"Ha..macam mana dengan tekaan saya?Betul tak cik.." Ramli ingin bercakap lagi sebab Syahrul dah memotong bulat.
"Mana boleh tuduh kami macam tu!Kau tak tahu ke yang kau dah tabur fitnah kat kami?Berat sangat tuduhan kau tu.
Kau ada bukti ke Ram?Ada ke..tak ada kan?So,jangan lah pandai pandai nak tuduh kami yang *tak bersalah* ni!" Syahrul sengaja sebut kuat kuat perkataan tak bersalah tu.
Ramli nampak terkesima dengan Syahrul yang bersikap tegas pada pagi ini.Encik Syahichan pun nampak terkejut tapi macam biasalah..wajah tenang tetap kena tayang.
"Senakal nakal kami pun, kami masih tahu baik buruk lah..kau jangan nak *Lebon* cikgu,Ramli.." Marah Syahrul lagi padahal mana ada Ramli menuduh pun.
Syahrul perasan semua aspuri sedang memandang mereka.Tapi Syahrul buat tak layan..Habis tak jadi kerja mereka nak baca asma husna.
"Dah,Ramli..kamu jangan nak tuduh tuduh mereka tak baik.Kamu tak ada bukti..biar saya saja yang cari bukti." Encik Syahichan cuba bertindak adil walaupun hampir seluruh hatinya cuba berpihak pada Ramli.Tapi kerana dia seorang warden,dia perlu menunjukkan sikap sikap yang baik depan budak budak.
Senyap antara mereka.Langsung tiada bunyi yang kedengaran.
Syahrul pusing kearah aspuri yang masih melihat mereka kemudian Syahrul menjerit dengan kuat.
"Semua dah dengar kan?Baca doa semua!" Syahrul menjerit dengan tegas.Segera pelajar aspuri pura pura membaca doa pergi sekolah.
Kemudian semua pelajar kecuali Ajaq,Syahrul dan Ramli dikehendaki tunggu sekejap.
Selepas memastikan semua pelajar sudah pergi, Encik Syahichan datang berjumpa dengan mereka yang tinggal.
"Ajaq dan Syahrul..Saya minta maaf sebab kes ini,kamu dituduh mencuri." Encik Syahichan.Syahrul tersenyum puas.
"Tapi sebelum tu,cikgu kena nasihat budak yang tuduh kami tu supaya jangan pandai pandai tuduh kami tanpa usul periksa.Boleh dianggap fitnah kalau macam tu!" Kata Syahrul dengan tegas.Encik Syahichan angguk.Kemudian Ajaq dan Syahrul dibenarkan kesekolah.
Ramli pula kena 'ceramah' percuma pada pagi ini.
Masa dalam perjalanan kesekolah..
"Syah..Thank you sebab selamatkan keadaan tadi." Ucap Ajaq tiba tiba.Syahrul tersenyum sebelum bersuara.
"Aku hanya buat apa yang aku mampu.Kalau aku tak buat macam tu,kita akan tertangkap nanti." Balas Syahrul pula.
"Tapi Syah..kita kenal hati hati..kita mungking tertangkap lain kali.Kan cikgu kata dia nak siasat sendiri?" Ajaq pula bersuara.
"Don't worry,Jaq..aku pasti kita takkan tertangkap lagi.Trust me." Balas Syahrul.Ajaq senyum.
Mereka pergi ke sekolah.
••••
Share this novel