Bunyi guruh yang berdentum dentum kuat didada langit sebanyak tiga kali berturut turut telah mengakibatkan blackout.Budak budak yang tengah study terus tutup buku.
Yalah..bukannya terang kalau nak baca buku pun.Padahal nisbah murid yang belajar dan murid melepak ialah 2:4..
Semua berkumpul dalam satu kelompok.
Sekarang ialah hari kedua dalam minggu kedua bulan Januari.Sejak kebelakangan ini,hujan lebat asyik membasahi bumi.Mungkin mahu banjir sebab pada akhir tahun tahun lepas,banjir tidak besar mana.
Ajaq pantas berdiri.
"Hemm..memandangkan sekarang suasana gelap,apa kata kalau kita semua bercerita kisah hantu?" Ajaq memulakan mukaddimah.Semua budak berpandangan antara satu sama lain seolah olah meminta pendapat.
"Bagus jugak tu,bang!" Kata Zamrul, budak di tingkatan tiga.Dalam bilik ini hanya menempatkan budak yang mahu mengambil periksa besar sahaja.Manakala budak form four berada di bawah.Budak form one dan Form two pun kat bawah juga.
"Okey..kita akan memulakan cerita kita pada malam ini.Sebenarnya..asrama kita ni dibina di tem.." Belum sempat Ajaq habis bercakap,ada seorang budak mencelah.
"Hoi,Ajaq..Kau tak payah jadi pencerita tak bergaji lah..sakit telinga aku dengar suara kau yang macam tercekik kulit udang tu.." Ramli,seorang senior yang tak famous sangat tiba tiba menyampuk.
"Betul tu..jangan nak jadi pencerita tak bergajilah.." Ikut beberapa orang budak lagi.Geng Ramli lah kut..
Semua budak tingkatan tiga menoleh kearah budak yang mengganggu tu.
"Bang Ramli and the geng..kalau tak suka pergi keluarlah..kami semua nak dengar." Kata seorang budak tingkatan tiga yang bernama Faris.
Geng geng yang mengacau tadi menjeling sekilas.Tak suka lah tu bila ada orang sokong Ajaq.Mereka angkat punggung.Sebelum keluar,Ramli telah membisikkan sesuatu di telinga Ajaq.
"Kalau kau betul sangat,aku nak kau buat pocong datang depan aku..Masa aku sorang diri!" Kata Ramli seakan akan berbisik.
"Hoi..m.."
"Hoi apa?Kenapa,tak berani ke?" Tanyanya
"Bukanlah..mulut kau tu busuk!Tak gosok gigi ke haa?" Tanya Ajaq sambil menutup hidung.Ramli nampak terkejut.Dia mendengus sebelum keluar bersama rakan rakannya.
"Okey..kita sambung cerita kita.Sebenar nya,asrama kita dibina pada tahun 1982.Ia dibina di atas sebuah kubur lama.." Ajaq mula bercerita semula.
"Kontraktor buat tak kisah..terus bina asrama kita.." Sambung Ajaq lagi.
"Lepas tu..apa yang berlaku?" Tanya seorang budak yang tampak begitu berminat nak tahu.
"Roh tak tenang!Pernah seorang junior dulu dulu terserempak dengan pocong.Junior tu tak dapat lari sebab kaki dia macam kena gam.
Pocong tu kata,badan mereka sakit sebab kena tindih dengan batu konkrit dan simen." Cerita Ajaq.
"Yakah..apa yang terjadi dekat budak tu?" Tanya seorang budak yang Ajaq tak berapa nak kenal sangat.
"Budak tu tak cedera apa pun..tapi dia di temui tidur dalam tandas dorm tiga..tapi ditemui dengan suhu badan yang panas..Dia telah demam dan dibenarkan balik.Dia hanya diam tanpa kata.
Tapi junior tu tak pernah datang semula lagi.Orang kata budak tu dah tukar sekolah sebab nampak hantu...
TAMAT.."Ajaq mengakhiri cerita tu.
"Seram jugak asrama kita ya?"Tanya seorang budak yang gemuk.Rakan dia disekeliling mengangguk tanda setuju.
"Maafkan saya ingin mencelah.."Seorang budak berdiri sambil menepuk nepuk punggungnya.
"Manurut cerita yang abang Ajaq cerita tadi..seorang budak junior telah bertemu dengan pocong.Disitu sudah bermaksud bahawa dia seorang saja yang nampak bukan?"Semua orang termasuk Ajaq mengangguk setuju.
"Bagaimana pula orang boleh tahu yang dia terserempak dengan hantu sedangkan budak itu langsung tidak membuka mulut?Adakah ini kisah benar atau hanya rekaan?"Tanya dia dengan berani.
Fuh..gaya mengalahkan wartawan!
Ajaq melepaskan keluhan..
"Sebenarnya..cerita cerita begini disampaikan dari mulut ke mulut.Biasalah..Pasti ada tokok tambah semua...Sebab tu abang kata cerita ni khabar angin.Sebab kita tak tahu kesahihan nya.." Jawab Syahrul dengan tenang.Ajaq memandang Syahrul..Nasib baik ada Syahrul kalau tak dia tak tahu nak jawab apa.Sebab cerita ni dia yang reka..
Beberapa minit kemudian,lampu sudah menyala.Semua orang sambung buat kerja masing masing.
Geng Ramli tadi pergi keluar buat apa?Huh..melepak sambil makan maggilah tu!
•••
Share this novel