Pukul 01.36 minit pagi...
Ajaq dan Syahrul bangun dari pembaringan.Ajaq berjalan menghampiri Syahrul yang ketika itu sedang duduk bercongok atas katil dengan mata yang bulat.
"Syah..kau kena ajak Ramli ke tandas.Itu tugas kau,okey?" Kata Ajaq sambil menepuk bahu Syahrul dua kali.
"Tugas kau pulak apa?" Tanya Syahrul pula sambil mata memandang Ajaq yang tersengih sengih.
"Tugas aku bawa pocong kita dalam tandas." Jawab Ajaq dengan nada yang gembira.
"Err..kejap kejap..Kita nak buat dalam tandas mana?" Tanya Syahrul yang keliru.
"Tandas hujung tu..Tandas tu jarang orang guna.." Jawab Ajaq dengan yakin.Syahrul menggangguk.Ajaq tersenyum puas.Dia sakit hati sangat bila Ramli mencabarnya tempoh hari.
Puas hati dia!
"Sekarang pukul 1.40 pagi..Aku nak ambil pocong tu dulu..Kau kejutkan Ramli dalam pukul 2 pagi okey.." Kata Ajaq lagi.Syahrul mengangguk tanda setuju.
Ajaq sudah berlalu pergi.Kini tinggal lah Syahrul seorang yang masih belum tidur.Empat orang lain sudah berdengkur semuanya.Ada pelbagai jenis mereka tidur.
Ramli tidur sambil mengangkang.Orang yang tidur atas katil yang paling hujung sebelah kanan pula tidur menonggeng.Ada yang mengerekot kesejukan sebab tak berselimut.Dan ada juga yang tidur kepala menghadap arah yang orang panggil tidur 'kepala orang mati'.
Syahrul menunggu masa dengan sabar.
Syahrul melihat jam tangannya.Sudah menunjukkan pukul 1.59.Perlahan lahan di turun dari katil dan menghampiri Ramli yang tengah tidur lena.
Syahrul menggoncang bahu Ramli..
"Ram..bangun jap,Ram.." Ramli tidur.
"Ram..bangun la." Juga masih tidur.
"Ram..bangunlah kejap.." Syahrul menggoncang lagi.Kali ini lebih kuat membuatkan Ramli terjaga.Ramli mengesat air liur yang meleleh.Kemudian dia mengesat tangannya pada kain selimutnya.
"Apa hal kejutkan aku malam malam buta ni?Ngantuk tahu tak?" Ramli merungut tapi mata masih terpejam.Masih mengantuk kut.
"Aku nak kencing.Teman aku,please.."Pujuk Syahrul sambil memegang lengan Ramli yang kurus kering.Ramli menepis nepis.
"Hisy..aku nak tidur lah..Janganlah kacau!"
"Tolonglah,Ram..tak tahan dah ni.."
"Hisy..kau ni penakut betullah!Bukan ada pocong pun..Pergi je lah.."Ramli menolak ajakan Syahrul.
'Oo..tak ada pocong ye?Haa..marilah aku nak tunjukkan kat kau..'Syahrul bercakap dalam hati.
"Please..kali ni je." Pujuk Syahrul.Tak kira,dia kena pujuk juga Ramli ni..Kalau tak misinya tak berjaya.Syahrul mencuba lagi.
"Tolong lah..Nak kencing ni.."Pujuk Syahrul.
"Kau ajak lah Ajaq..dia kan bestfriend dunia akhirat kau?" Sindir Ramli dengan mata terpejam.
"Dia..dia tak nak bangun.Kau je yang boleh tolong aku.Tolong..tolong..tolanglah.." Syahrul memujuk lagi.Ramli merengus apabila tidurnya diganggu.
"Hisy..ye lah.Kacau betul!" Marah Ramli.
Dalam hati Syahrul nak sumpah seranah si Ramli ni.Kalau tak disebabkan rancangan Ajaq,dia pun takkan ajak Ramli lah..dan Ramli pun takkan bermalam dalam dorm ini.
"Hehe..thank you." Ucap Syahrul sambil sengih sebab tugas dia hampir berjaya.Syahrul membuka pintu dorm.Oleh kerana asrama ini mempunyai satu tandas dalam setiap blok,mereka terpaksa keluar untuk kencing.
"Nak tandas mana?" Tanya Ramli malas.
"Hermm..tandas hujung tu." Jawab Syahrul sambil menunjuk kearah tandas yang lampunya sedikit malap.Ramli mengangguk.
Syahrul rasa langkah mereka amat lambat.Oleh itu dia menggesa Ramli untuk berjalan laju sikit.
"Aduh..dah nak keluarlah..Ramli,jalan cepat sikit!" Syahrul menggesa.Ramli mengeluh.Ingat dia ni kuli Syahrul ke kena ikut arahan?Dah lah ganggu dia tidur.
Mereka dah sampai depan tandas.Syahrul memegang tombol.Dia pelik kerana Ramli hanya tercegat di koridor.
"Eh..mari lah masuk sekali." ajak Syahrul.
"Hoi..takkan lah nak kencing dengan kau!"
"Maksud aku..tunggu aku kat dalam.Dekat singki pun tak pe.Aku takut ade hantu datang." Syahrul sengaja sebut perkataan hantu.Dia yakin Ramli akan masuk nanti.Bukankah Ramli seorang yang suka cakap besar?
"Hantu?Ptuih..Kau pun percaya ada hantu.Memang kau sebijik macam Ajaq..Lembab lah korang.Ghosts don't exist.
Kalau betul pun ada hantu,aku bukannya takut.Kalau dia datang depan aku,aku lawan lah dia balik.Nak tahu aku akan buat apa?Aku akan sembur azimat air liur aku?
Nampak macam bodoh kan?Tu lah kau..tak tahu aku ada kebolehan macam hero dalam drama Wu Xin the monster killer china tu..Tapi yang bezanya,hantu takut dengan darah dia.
Aku pulak, hantu takut dengan air liur aku!" Ramli cakap besar.Dia pejam mata seolah olah melihat situasi dia jika bersama hantu.Mendabik dadalah tu.Syahrul buat kembang hidung.
"Sebab tulah aku minta kau teman sampai kat dalam.Kalau ada hantu,boleh lah kau sembur azimat kau tu.Ye dok?"Kata Syahrul bercampur sindiran.Ramli pulak tersenyum sinis sambil mata menjeling Syahrul.
Dia melangkah setapak untuk membuka pintu.Tombol dipulas dan pintu terbuka.Ramli masuk kedalam dahulu..tapi dengan kaki kanan.
"Hah..buat apa lagi tercegat kat luar?Bukan kau nak kencing ke?" Tanya Ramli yang melihat Syahrul masih di luar.Cepat cepat Syahrul masuk.
"Kau nak berak,berak lah sekarang.Nanti aku dah tak nak teman kalau kau ajak." Kata Syahrul sambil berhenti ditepi Ramli.
"Aku tak nak..yang aku nak ialah kau pergi buang sekarang.Aku nak sambung tidur ni." balas Ramli sambil membasuh tangan.Syahrul mengangguk.
Syahrul masuk dalam kubikel yang kedua.Dia tak buat apa pun..Hanya berdiri ditepi jamban.Kemudian dia membuka pili air.Buat buat mencucur jamban.Lima minit Syahrul duduk bersahaja dalam tu.Sengaja dia melambatkan masa.
"Syah..lambat lagi ke." Tanya Ramli dengan suara yang macam bosan.Mungkin sebab penat menunggu.
"Err..kejap ye.Tiba tiba rasa nak memberak pulak." Jawab Syahrul.Kemudian diam antara mereka.Seminit lepas tu,Ramli bersuara.
"Kalau macam tu..aku nak berak jap lah.." Kata Ramli.Syahrul yang masih didalam tandas tersenyum puas.
"Kalau kau dah siap,tunggu aku dululah.." Kata Ramli.Syahrul menjelirkan lidah.Jangan haraplah dia nak tunggu.Dah lah banyak nyamuk disini.Tapi Syahrul tetap kata "Okey.."
Ramli masuk dan Syahrul keluar.Syahrul pergi ke tempat hadapan.Sebenarnya Ramli takut kalau Syahrul tinggalkan dia.
"Syah..jangan tinggal aku tau?"
"Hmm.." Syahrul menjawab sambil membasuh tangan.Pili air ditutup dan tombol dipulas.Ramli yang sedang memecahkan span terdengar bunyi pintu.
"Syah..jangan pergi dulu." Kata Ramli.Tapi sayangnya,Syahrul dah keluar untuk menemui Ajaq yang sudah menunggu.
Share this novel