BAB 7

Spiritual Series 1539

Pukul 6.00 pagi..

Syahrul menggeliat malas sebelum menguap panjang.Bila di penghujung penguapannya,barulah dia menutup mulut.Padahal dah berpusu pusu syaitan masuk kedalam mulutnya.

Syahrul duduk mencongok diatas katil.Dia bangun lalu mencapai tuala yang tersangkut di dinding loker.Niatnya mahu mandi awal pada pagi ini.

Syahrul pusing ke kiri untuk keluar dari dorm menuju ke bilik air.Dia pelik bila tengok katil yang Ramli tidur semalam kosong.

Cepat cepat dia mengejutkan Ajaq yang masih tidur dengan gaya menonggeng macam sakit perut.Dia menggongcang bahu Ajaq.Ajaq tak banyak songeh..terus bangun bila terasa ada orang mengejutkannya.

"Oo kau,Syah..apa hal ganggu aku nak tidur ni..?" Tanya Ajaq dengan mata tertutup sebab masih mengantuk.

"Weyh..acu kau tengok katil yang Ramli tidur semalam tu.." Suruh Syahrul lalu menunjukkan katil yang berhampiran dengan pintu keluat.Ajaq mengikut.

"Eh..mana budak bongok tu pergi?"

"Tu lah kau tak tahu..aku rasa si Ramli tu dah cabut tidur dalam dorm dia lah tu.Semalam kan dia balik dorm awal dari kita?Dia balik ambik bantal dia lah tu..

Penakut betullah si Ramli.Dia balik dorm dia sebab tak nak aku tanya macam macam lah tu..HAHAHA.." Syahrul buat andaian sendiri tanpa mengetahui perkara sebenar yang kalau meraka tahu akan buatkan bulu roma menegak.

"Hmm..apa kata kita pergi kacau dia masa makan pagi nanti?" Tanya Ajaq dengan teruja.Mata Syahrul membulat sekejap kemudian dia tersenyum puas tanda setuju.

Cepat cepat mereka keluar dari dorm untuk mandi dalam tandas hujung iaitu lokasi penggambaran semalam dilakukan.Masa mereka sampai,mereka nampak hanya ada seorang budak saja yang menunggu di depan pintu.

Ajaq mengajak Syahrul tunggu disitu juga.Kalau lambat sangat mereka akan pintas giliran saja.Tak pun mereka hanya basuh muka dan hanya gosok gigi.

Sedang mereka menunggu,ada satu pintu tandas terbuka menandakan seseorang sudah siap mandi.Ajaq dan Syahrul menunggu orang itu keluar dengan sabar.Mereka berdua berpandangan apabila budak yang keluar itu ialah Ramli.

Syahrul cepat cepat tanya.

"Macam mana tidur semalam?lena tak?" Tanya Syahrul tiba tiba.Ramli mengerutkan dahi.

"Lena lah..setiap malam aku tidur lena." Jawab Ramli tanpa memandang muka Ajaq.Dengan Syahrul dia okey..tapi kalau dengan Ajaq,dia tak berapa nak ngam sangat.Entah la kenapa..dari form one lagi.

"Apasal kau pergi balik dorm kau semalam?Lain kali tidur je lah kat situ..bukannya 'dia' kejar kau pun.." Syahrul buat buat tanya lagi.Dia tak tahu bahawa Ramli langsung tak tahu menahu.

" 'Dia' tu sape?Yang kau merepek pagi pagi ni kenapa?Buang tabiat?Dah lah..aku nak pergi balik bilik dulu la..Sejuk ni!Bukan macam korang berdua,tak mandi lagi.."Sindir Ramli sebelum berlalu pergi.Sebelum tu sempat dia menjeling Ajaq.

Ajaq menghantar langkah Ramli dengan ekor mata.Dia rasa sakit hati sebab Ramli macam tak ada kesan apa apa.Padahal bukan main takut dia semalam.

"Apasal dengan dia tu?" Tanya Ajaq yang tak puas hati.Syahrul memegang bahu Ajaq.

"Dia nak kita sakit hati lah tu..mungkin dia dah tahu tu rancangan kita nak kenakan dia..sebab tu dia buat derk aje..dia nak bagi kita nampak yang dia tak kisah pasal semalam." Kata Syahrul.

"Dah tu..apa kita nak buat sekarang?" Syahrul memegang dagu sendiri.

"Kita layan aje dia.." Jawabnya perlahan separuh berbisik.Ajaq diam..kemudian dia tolak tangan Syahrul yang memegang bahunya.Disebab kan geram,dia memotong budak lain.

"Hey..kau tepi sikit.Bagi aku mandi dulu.Aku mandi kejap je..tengok,kat tangan aku mana ada sabun kan?" Tanya Ajaq sambil menunjukkan tangannya kosong.

Kalau tak faham,meh sini nak cakap.Ajaq ni mandi kejap je sebab dia mandi kerbau.

••••

Pukul 6.28 pagi..

Ajaq dan Syahrul bergerak ke dewan makan.Dari jauh lagi mereka dapat hidu bau wangi cha kuey tiau..Hidung Syahrul bergerak gerak kerana tak dapat tahan bau sarapan yang sedap itu.

Antara Ajaq dan Syahrul,yang paling kuat makan ialah Syahrul.Tengok sajalah badannya yang besar itu..besar bukan bermaksud gemuk okey?Syahrul ni berisi sikit.

Ajaq pula jenis yang paling hebat buat hal.Pernah sekali dia kena marah dengan Kak Zan selaku penyelia asrama sebab masuk dalam dewan makan dengan kaki ayam.Dah lah kaki dia penuh dengan lumpur sebab baru lepas main bola sepak pada hari semalaman hujan.

Tanah pun jadi lecah dan becak..

Bila Kak Zan marah,semua orang tunding jari kat Ajaq sebab dia lah yang ajak kawan kawan masuk untuk minum petang dengan tidak berselipar.Dia hanya mampu sengih nakal bila Kak Zan tenung dia macam dia ni tak ada hidung.

Ada jugak dia kena marah dengan warden sebab ponteng waktu study.Sebenarnya dia tak ponteng pun..Masa tu dia dia lapar sangat sebab petang tu dia tak sempat nak makan.Masa study dia masuk dalam dormnya untuk ambik maggi dan air serta barang barang lain seperti mangkuk dan sudu.

Bila dia nak keluar,dia tak lupa nak scan kiri dan kanan dulu.Bukan apa,takut ada budak nampak lepas tu repot kat warden sebab pelajar memang dilarang masuk dalam bilik pada waktu study.Takut berlaku kes kecurian aje..

Bila dah pasti semua dah selamat,Ajaq kembali ke bilik study.Bila sampai didepan pintu dia terkejut sebab nampak Encik Syahichan berpeluk tubuh di tengah tengah bilik study sambil memandang keluar bilik.

Encik Syahichan macam dah tahu tahu yang dia keluar.Lalu warden muda itu menuduh dia ponteng.Tapi yang peliknya dia tak pernah digantung asrama.. Entahlah sebab semuanya kerja Allah.

Berbalik pada topik cha kueu tiau tadi.

Ajaq dan Syahrul beratur untuk ambik makanan.Kemudian dia ambik air pula.Air pada hari itu ialah minuman coklat panas.

Ajaq memberi cadangan untuk duduk di meja paling hujung.Syahrul tak mahu sebab dia kata dia nak kacau Ramli.Masa tu,Ajaq nampak Ramli tengah makan seorang diri.

"Ram..kenapa makan sorang sorang ni?" Tegur Syahrul sambil melabuhkan punggung dihadapan Ramli.

"Saja."

"Kau nampak hantu kan semalam?" Tanya Syahrul.Ajaq terkejut lalu mencubit perut Syahrul.Gila ke tanya macam tu..kantoi lah perbuatan mereka nanti.Ramli juga terkejut.

"Hantu apa nya?Mana ada aku jumpa hantu.." Jawab Ramli malas sambil menyuap makanan kedalam mulut.

"Jangan nak tipu aku lah..kah jumpa hantu kan semalam?" Gesa Syahrul lagi.Ajaq mencubit lagi.Syahrul menepis tangan Ajaq yang sedang mencubit perutnya.

"kau ni dah kenapa?Nak backup kawan kau pasal malam tu ke?Pasal aku nak jumpa hantu tu?

Entah..aku tak perasan la pulak.Maybe tak kut sebab aku tidur dengan lena semalam.Biasalah..katil aku dalam dorm 11 tu memang empuk.Tiap tiap malam aku tidur situ.." Ramli menjawab selepas menghabiskan minumannya.

Ajaq dan Syahrul mengerutkan dahi.

"Dorm 11 apanya?Kau kan tidur dalam dorm 13 semalam?Kan aku yang Ajaq.." Balas Syahrul tidak puas hati.Giliran Ramli pulak mengerutkan dahi.

"Merepek apa kau ni..aku tidur dalam dorm aku lah..Mana ada aku tidur dorm 13.Aku tak pernah sekali hayat pun tidur dalam dorm orang lain." Balas Ramli pulak.

Syahrul dan Ajaq makin keliru.

"Habis tu semalam.." Kata kata Syahrul terhenti sebab Ramli memotong.

"Apa?Kau nak kata aku pergi tidur dalam bilik kau?Maaflah..aku tak tidur situ pun.Kalau tak percaya,aku boleh datangkan saksi..kau tanya ahli dorm aku nanti.

Daripada layan kau yang lembab ni..baik aku pergi ikat tali kasut aku dulu.." Kata Ramli sebelum meninggalkan Ajaq dan Syahrul yang masih belum sempat menyentuh makanan.

"Jadi.." Syahrul tidak dapat teruskan kata kata.Patutlah dia nampak katil yang kosong tu kemas.Tak ada kedut pun..Syahrul sudah ketar kaki.Ajaq pula diam sambil fikir dengan lebih mendalam.

"Arrgghhhh!!" Jerit Ajaq selepas memahami maksud semua itu.Budak yang mereka kenakan semalam bukanlah Ramli tapi..

..hantu?..

"Arrghhh..!!" Ajaq menjerit dengan kuat sekali lagi sambil menepuk kuat meja makan.Disebabkan terlalu kuat,air minumannya terloncat lalu terpecik pada baju sekolahnya.

Hisy..tak setap betul!

••••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience