9

Humor Completed 13838

“Maya, boleh tak awak pergi dengan Amsyar ni? Saya dan Azlan nak kena pergi pantau tempat projek. Boleh kan?” Pujuk Dell. Adus. Aku memang lemah bab ni tapi kesian jugak kat dia ni.

“Huh.. Betul ke ni? Oklah” aku mengeluh. Sukarnya walau benda yang diminta amat senang tapi ini tentang prinsip aku.

“Bolehlah. Awak ajak lah siapa-siapa yang dapat temankan sekali tapi jangan menyusahkan Amsyar dan kerja ni sudah lah.” Pujuknya lagi. Aku nak ajak siapa ?? Bukannya aku tahu sangat orang-orang kat Terengganu ni. Bukan ada kawan pun selain staf syarikat! Haa.. Ajak Dila lah. Minta-minta dia tak sibuk hari ni.

“Baiklah Delisha. Bab-bab memujuk ni memang kau nombor satu kan?”

“Yeay! Thanks! Sayang kau. Hehe. Dah Enjoy k. Aku pergi dulu.” Katanya sambil tangan dilambaikan ke arah aku. Ciss.

“Sukalah tu. Dah saya nak pergi lah ni” Aku pergi dengan teksi. Aku pergi sendiri sebab Dila ada kerja penting yang mesti dibuat jadi terpaksalah aku relakan aku keseorangan nanti dengan Amsyar.

+++++++

“Hai! Kenapa tak call saya dan cakap awak naik teksi? Kalau saya tahu saya ambil je awak kat pejabat tadi.” Kata Amsyar apabila aku dah sampai ke restoran yang dijanjikan.

Ish, malulah aku Amsyar oi. Dah lah kau tu kira client. Lepas tu takkan nak buat macam teman lelaki dan arahkan ambil aku kat mana-mana ikut suka hati?

Aku sengih je bila AMsyar sound macam tu. Tak mahu cakap lebih-lebih.

“Hai. Takpelah. Tak nak menyusahkan je. Jomlah kita masuk.Awak tak lapar ke?” ajak ku. Kami mencari meja dan terus order makanan.

“Erm. Awak ni asal mana ye?” Amsyar memulakan perbicaraan.

“Asal Batu Pahat je” jawabku ringkas.

“Oh, samalah. Awak ni dah berpunya ke?”

“Err.. Soalan apakah ini? Er, saya kena jawab ke?” Aku buat muka tenuk.

“Saja je tanya. Awak ni dah berpunya ke? Jawab jelah kalau ada. Kalau taka da un jawab juga.”

“Kalau macam tu, Ya dan tak.”

“Hah? Apa ni? Hubungan complicated ke? Maksudnya?”

“Ya,complicated”

“Kalau ada yang nak masuk meminang, boleh terima tak?” tanya Amsyar tapi mata pandang ke air minuman di depannya. Aku pula dah jaw drop, terkujat macam kena renjatan elektrik. Selamba lelaki ini tanya kau macam tu.

“Erm... Entahlah. Kena tengok orang dululah. Kenapa? Nak jodohkan dengan adik ke?” Jawabku selamba juga.

“Taklah. Nak jodohkan dengan diri sendiri.” jawabnya selamba jugak.

“Hah?!” Nada terkejutku sempat dikawal.

“Kenapa?”

“Err.. takda apa-apa. Jomlah kita makan.” ajakku. Aku salah dengar ke tadi? Dia nak masuk meminang aku ke? Tak mungkin kot! Takpa. Dia tak tahu alamat rumah mak ayah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience