6

Humor Completed 13838

“Maya, Encik Hisham panggil awak.” kata Dell.

“Aik. Yeke? Saya ada buat salah ke? Aduh, macam mana ni Dell? Takutlah!” aku memang macam ni. Cepat menggelabah. Apa lagi kalau bos yang panggil tiba-tiba macam situasi sekarang ni. Lagi la jantung aku pam darah laju terlebih. hahaha

“Eh awak ni. Jumpa jelah. InsyaAllah bukan benda bukan-bukan. Tak payah nak fikir yang bukan-bukan dulu. Dah jumpa baru tahu pasal apa bos panggil. His dia ni.”

“Yelah-yelah. Mana la tak menggelabah kalau bos panggil out of no where.” longlai ku melangkah ke pejabat bos ku.

“Assalamualaikum. Bos…” aku memberi salam sambil mengetuk pintu.

“Masuk! Duduklah.” pelawa bos ku. Matanya tak lepas memandang aku. Lagi aku naik seram.Apa pulak kesalahan yang aku dah lakukan.

“Kenapa bos panggil saya. Saya ada buat salah ke bos? Bos janganlah marah. Bagi tahu je apa silap saya dan saya akn cuba betul kan. Janji, bos takkan pecat saya. Saya baru je kerja kat sini takkan nak kena pecat dah bos…” tanyaku perlahan.

“Kamu ada buat salah ke?” tanya bos balik. Reaksi mukanya memang aku tak boleh blah. Macam aku betul-betul ada buat salah pula.

“Manalah saya tahu. Saya buat salah tanpa sedar pastu bos panggil saya nak pecat saya.” Kataku tergagap-gagap sedikit. Dalam hati Tuhan je tahu oi. Macam nak pecah dada ni, jantung kerja laju sangat.

“Eh kamu ni. Tak semestinya saya panggil orang yang kena pecat jelah. Saya panggil sebab nak suruh awak bantu Dell dalam projek pembinaan syarikat kat Terengganu. Tak tahu hujung pangkal terus masuk dalam bilik saya merepek tak tentu hala. Apalah awakni Maya.” Lucu jugak pekerja aku yang sorang ni. Bisik hati Encik Hisham.

Aku dah tersengih macam kerang busuk apabila Encik Hisham berketa sedemikian. Huhu. Ambil kau Maya. Menggelabah lagi tak tentu hala macam bos cakap tadi. Kan dah kena batang hidung.

“Boleh ke tak bole ni Maya?”

“Ooooh. Boleh je kot. Takkan tak boleh. Dah bos arahkan saya mestilah ikut. Lagi pun tolong Dell punya kerja, lagi saya suka nak bantu.”

Terburai juga ketawa Encik Hisham yang sellau muka ketat dengan staf tu. Tak sangka pandai juga dia ketawa. Hahaha. Apalah kau ni Maya.

Lega! Aku terus tersenyum kat bos aku tu. Gembira sebab aku tak buat salah. Patutlah Dell cakap macam tu tadi. Memang bukan benda bukan-bukan pun.
“Oklah kalau macam tu. Kamu bincang-bincanglah dengan Dell apa yang patut.” Aduh, nak cair hati aku tengok senyuman dia. Sabar-sabar. Bisik hati Encik Hisham.

“Ok bos. Saya pergi dulu, Assalamualaikum” lepas bagi tabik, aku terus keluar pergi jumpa Fea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience