2

Romantic Comedy Completed 13943

Dan sekali lagi Alhamdulillah aku ucapkan sebagai kesyukuran. Ye syukurlah. Sebab …. Aku menerima panggilan untuk memulakan pekerjaan pertamaku di syarikat itu. Syarikat kontraktor yang mengambil dan menguruskan tender pembinaan. Dah kata ke belum? Ok aku ambil jurusan pentadbiran. So bolehlah nak selit kat mana-mana bahagian ye tak?

Hari pertama nak mula kerja memang aku rasa agak stress. Tahu kenapa? Aku tak tahu nak pakai apa? Cakap macam mana… Tiba-tiba rasa tak tahu apa nak buat. Tak ke stress jadinya?

Sudahnya aku pakai apa yang ada je setelah suai padan dengan bantuan komen dan kritikan kawan serumah. So apa yang aku pakai? Seluar slack hitam dengan kemeja lengan panjang warna merah jambu lembut. Semuanya dengan harapan agar semua staff yang aku jumpa nanti boleh baik-baik dengan aku. Eh, boleh eh macam tu?

Ini hari pertama ku bekerja di sini. Fuh, berdebar kot. Bos kat sini tegas gila orangnya kalau bab kerja-kerja ni. Sebenarnya dari sesi temuduga tempoh hari lagi aku sudah dimaklumkan sedemikian. Kalau diingat memang rasa seriau. Tapi tak kan tak mahu kerja pula?

Sebagai orang baru di persekitaran baru ni, aku ikutkan sahaja. Kalau banyak cakap nanti, mungkin perlantikan aku pula dibatalkan. Aku pun tak mahu hal itu terjadi. Siapa-siapa pun tak mahu jadi gini untuk pekerjaan pertama kan?

Jadi, jangan nak berharap sangatlah nak makan gaji buta. Nanti tak pasal-pasal hari pertama dah kena buang kerja. Tak ke naya tu? Betul tak? Nauzubillah!

Disebabkan pihak HR atau Human Resource atau dalam bahasa melayunya Bahagian Sumber Manusia agak sibuk pada hari itu, aku diberikan borang-borang yang perlu diisi dan tempat duduk sahaja dan belum sempat diperkenalkan dengan mana-mana rakan sepejabat.

Aku ditempatkan di satu meja yang berdekatan dengan meja staf yang lain. Cuma aku kena duduk seorang diri dulu menyiapkan semua borang dan entah apa lagi. Aku pening tengok borang banyak sangat ni. Boleh pitam. Eh, tak lah….hahah

Dalam dok aku kelam kabut tengok borang-borang tu ada juga la beberapa staf yang lalu lalang hadiahkan senyuman. Ada rasa lega sikit hati ni. Maknanya dorang ramahlah kan? Tak pe. Bersangka baik dulu. Kalau tak macam mana nak kerja sama-sama nanti kan.

Aku pun balas jelah senyuman yang mereka lemparkan sambil rasa tersipu-sipu malu. Sebab apa? Sebab aku Nampak sangat macam jakun dan huruhara mengisi borang-borang tu semua. Tak ke haru namanya itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience