13

Humor Completed 13838

“Aduh teruklah macam ni. Maya dah buat keputusan ke?” Tanya Amsyar.

“Dah!” aku jawab dalam nada yang tegas tapi lembut. Amsyar terus buat muka serius
dan pandang mukaku.

“Jadi?” tanya Amsyar.

“Harap Amsyar tabah ye!” aku memberi nasihat.

“Saya taknak awk!” jawabku. Amsyar terkejut. Muka amsyar hampa. Mungkin dia sudah mengetahuinya sebab aku tidak memperdulikannya lagi sebelum ini

“Tapi saya harap takda lah pergaduhan antara kita ya! Saya yakin pasti ada gadis-gadis yang lagi elok daripada saya. Maaflah” sambungku lagi.

“Tapi Maya kata belum ada sesiapa. Jadi Siapa yang Maya pilih?”

“Saya pilih teman saya dari sekolah lagi.” Kataku ringkas.

Selepas penolakan hari tu, kami masih seperti biasa. Masih bergurau. Masih buat kerja sama-sama.

“Hai korang!” sapa ku.

“Hai Maya .” jawab Amsyar dan Dell.

“Kenalkan ni Hisham.” aku kenalkan kepada mereka selepas kami duduk.

“Hah? Ini ke kawan sekolah awak tu? Encik Hisham?” Tanya Amsyar terkejut melihat kami datang berdua. Tak payah terkejut la, tapi memang taka da sesiapa tahu pun sngat kami dilamun cinta. Huhuhu

“Ini apa? Maksudnya kau dah nak kahwin ke?” Tanya Dell teruja.

“InsyaAllah hujung tahun ni. Ni kadnya.” Jawabku sambil memberikan kad kahwin kepada Dell dan Amsyar.

“Tahniah Maya.” ucap Amsyar sayu.

“Oh ya? dah jumpa calon ke?” Tanya ku.kepada Amsyar. Sengaja mahu menduga jika dia dah move on ke tidak.

“Azlan dah jumpa dah nak merisik dah pun. Saya ni, dah jumpa juga. Cuma kena confirm kan balik. Takut-takut dah berpunya.” Jawab AMsyar. Malu-malu kucing dia jadinya.

Tergelak kami semua yang ada di situ.

“Iya? Nanti jangan lupa ajak tau!”

“Mestilah ajak!” jawab Amsyar.

“Dah. Kita order makan ye.” Kata Hisham tiba-tiba.

“Eh, kita belum order ke?” tanya ku.

“Belumlah. Awak kalau dah jumpa kawan dah tak ingat apa-apa dah.” Jawabnya macam peril.

“Hehehe. Janganlah marah sayangku! Eh, bakal suamiku” jawabku.

Berderaian lagi ketawa kami melihat gelagat aku mengusik Hisham. Siapa sangka bos yang muka ketat pada semua orang adalahbudak lelaki yang aku selamatkan dari sekolah dan jatuh cinta sejak hari itu.

Terima kasih Tuhan pertemukan kami kembali. Jika tidak aku pun tak tahu ada lelaki yang meminati aku dari zaman sekolah lagi. Huhuhu. Maya, kau nak jadi isteri orang dah…. Yahoooo!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience