1

Humor Completed 13838

Syoknya dah habiskan pengajian di kolej. Memang macam ni eh perasaannya apabila dah jawab kertas akhir peperiksaan sem akhir? Hehehe Inilah yang aku nantikan selamai ni. Habiskan pelajaran. Lepas tu boleh fokus buat benda lain pula.

Soal keputusan, aku yakin dan aku percaya yang aku akan dapat keputusan yang okay. Disebabkan ituaku pun dah mula dah cari kerja. Tengok internet, tengok surat khabar tengok segala macam ruangan mencari kerja. Misi mendapatkan pekerjaan pertama bermula.

Alhamdulillah. Dalam banyak-banyak permohonan yang aku hantar ada beberapa yang sangkut. Dan aku kena bersedia untuk ditemuduga.

Selepas temuduga dua minggu lalu, berdebar juga aku menanti jawapan dari syarikat tu. Al maklum, aku bukannya ada pengalaman lagi. Baru nak memulakan hidup selepas menamatkan pengajian sebulan yang lalu. Aku tidak mahu menunggu lama untuk mencari pekerjaan kerana masih bersemangat mungkin. Tambahan pula, ilmu masih segar dalam kotak ingatan. Ha… Itu yang sebetulnya. Takut tunggu lama-lama nanti berkarat kepala otak. Makin susah aku nak kejar nanti. Kan? Betul tak?

Justeru, apabila menerima panggilan untuk ditemu duga di syarikat ini, aku melakukan persiapan sehabis baik. Supaya aku siap menjawab segala persoalan yang akan dikemukakan. Aku tentu sahaja tidak mahu kelihatan seperti orang bodoh yang gagal menjawab permasalahan yang dilontarkan.hoho. Siapa yang nak jadi macam tu, ye tak? Aku sahlah tak nak!

Apabila tiba hari ditemuduga, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Masa temuduga berlangsung memang ketar kepala lutut. Hati dup dap dup dap. Itu jangan ceritalah macam nak terkucil pun ada bila bertentang mata dengan panel.

Tapi terpaksalah buat-buat cool dan relaks depan dia tapi dalam hati aku dan Tuhan je yang tahu. Huhuhu

Dan aku rasa ada satu bebanan berat yang dilepaskan selepas sesi temuduga itu berakhir. Fuh. Lega!

Tinggal masa menunggu jawapan sahaja dari pihak syarikat berkenaan hasil temuduga yang aku jalani. Semestinya aku berdebar kerana aku perlu memulakan pekerjaan secepat mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience