12

Humor Completed 13838

Hari ni aku jumpa kedua-dua yang merisik aku tu tapi bukan aku sorang je, Dell pun ada. Dia sebagai kawan terbaik aku kat sini mestilah kena ada. Tak ke naya aku kalau ada yang mengamuk.

“Kenapa nak jumpa ni Maya?” Tanya Hisham.

“Err.. ni berkenaan bos merisik saya lah” Jawabku.

“Er macam mana? Mia setuju ke?” tanya Hisham lembut.

“Mia? Macam man abos boleh tahu nama panggilan saya dulu ni?” Hisham tersenyum lebar.

“Sebenarnya saya dah lama cari awak Mia. Saya rasa awak mesti tak ingat saya lagi kan?”

“Ya, memang saya tak ingat. Tapi bos ni siapa sebenarnya?”

“Kita satu sekolah dulu Mia di Batu Pahat. Sebelum awak pindah ikut ayah awak yang bertukar kerja ke Melaka.”

Aku dah terlopong. Lamanya aku tak jumpa dia. Tapi aku masih belum boleh manngkap siapa bos yang aku kenal ni dulu.

“Maafkan say abos. Say amemang tak ingat bos siapa.”

“OK. Ingat tak lagi Sham gemuk yang selalu kena buli dulu?”

Aku cuba mengingat dan terus kembali memori ada budak lelaki comel yang gemuk jatuh tersembam depan aku sebab dikejar oleh budak lelaki yang lain sebab mahu membulinya.

“Oh! Saya ingat! Saya yang selamatkan awak dulu kan. Eh, bos. Lepas bos tersembanm jatuh.”

“Iya, awaklah heroin saya masa tu.” Hahaha kami bantai ketawa bersama.

“Tak sangka! Sham dulu tu dah jadi sekacak ini, seberjaya begini!”

Hisham dan Maya makin rancak berbicara mengenang kisah zaman sekolah mereka. Lama-lama tanpa mereka sedari, masing-masing memberikan pandangan yang berlainan. Saing mencuri pandangan hingga ke dalam pejabat. Cinta dalam hati berputik.

Hingga Maya terlupa dia perlu berjumpa dengan Amsyar pula bagi meleraikan kekusutan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience