4

Humor Completed 13838

Tergesa-gesaaku meluru ke tandas. Sakit perut yang aku rasa korang semua pernah ras yang jenis tak dapat nak tahan-tahan. Rasa nak terburai dan-dan tu juga!

Dush! Aduh, pening kepala aku. Lelaki mana pulak yang langgar kepala aku ni. Geram betul! Kepala aku terkena pada tulang bahu lelaki tu.

Eh, tapi salah aku juga jalan pun tunduk sangat. Sampai tak perasan depan aku ada lelaki tinggi tak tinggi sangat nak lalu.Tapi dia kan nampak aku. Kenapalah kau tak elak wahai lelaki oi??? Hish!.

“Eh, cik tak apa-apa ke?” tanya kawan kepada lelaki yang melanggar aku.

Menggelabah juga riak wajah dia aku tengok. Tapi aku terdiam je. Tangan masih pegang kepala. Mana tak nya sakit oi! Bukan main-main. Rasa ada gegaran jug akot kat kepala.

Tak tahu nak balas apa memanglah sakit. Tangan aku dah gosok-gosok bahagian kepala yang terlanggar bahu lelaki tu tadi.

Sepatutnya yang melanggar aku lah yang kena tanya aku! Sakit ke tidak… Luka ke apa… Okay lagi ke atau nak jatuh pengsan dah… Tapi dia ni lain pulak, kawan dia pulak yang sibuk dan gelabah bertanya fasal aku okay ke tak! Naik geram pulak aku tengk kau ni wahai lelaki!

Tapi kan, kacaknya kawan lelaki ni walau pun tak sekacak lelaki yang langgar aku ni tapi dia tak de lah sombong. Itu yang penting!

Dah langgar orang boleh buat tak tahu je pulak tu. Tak rasa bersalah langsung. Macam lelaki biadap pun ada. Rasa nak lempang-lempang bagi sedar. Eh, sabar Maya. Sabarrr….Jangan keterlaluan dalam tindakan. Kau pun dah mengaku tadi kau pun salah juga.

Eh, sempat lagi nak menggatal pun ya juga. Huhuhu Maya oh maya… Apa nak jadi dengan kau ni! Sempat scan muka lelaki berdua ni kacak ke tak kacak. Jaga sikit hati tu Maya oi.... Hatiku hanya untuk suamiku. Itulah yang telah aku niatkan. Aceceh…

Aku dah siap letak pagar besi dan racun serta jerangkap samar keliling hati aku tau! Siap ada notis lagi , ‘Jangan masuk! Untuk yang halal je!’ Sila jangan muntah dan #jangankecamsaya. Adus!

Tapi betullah kan. Itulah yang sepatutnya aku buat! Kau kau yang wanita di luar tu pun sama k. Kenalah niatkan untuk yang halal je. Ok. Apa pulak aku jadi penasihat orang ni. Macam tak kena dengan perut memulas yang tadi kini dah rasa macam hambarrrrr…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience