8

Humor Completed 13838

“Kat sinilah projek kita dengan syarikat MEB Holding tu.” ujar Dell.

“Mana orang dari syarikat MEB Holding yang perlu kita jumpa” tanya ku.

“Lepas kita rehat dan mandi kita datanglah sini balik. Lagipun kitakan baru sampai dan kita kan janji pukul 6 petang.”

“Eh, lupa pulak. Jomlah! Letih sangat ni. Kali ni kau pulak yang pandu kereta.”

+++++

“Maya! Cepat!” laung Dell dari kereta mereka.

“Ye! Nak datang lah ni.” laungku balik sambil berlari ke arahnya.

“Alamak! dah lewat 10 minit” katanya semasa parking di depan restoran berdekatan dengan tempat projek.

“Assalamualaikum. Maaflah lambat sikit Amsyar, Azlan .” kata Dell kat dua jejaka di depannya. Eh! macam kenal je. Bisik hati ku.

“Wa’aikumussalam. Takpelah . 10 minit je. Duduklah.” kata salah seorang darinya. Memang mereka ni dah saling mengenali lah.

“Kenalkan ni Maya. Rakan projek baru.” kata Dell. Aku hanya tersenyum sahaja.

“Eh! Saya kenal lah awak! Awak dan Azlan terlanggar hari tu kan? Saya Amsyar” katanya sekali gus memperkenalkan diri.

“Oh! Aah. Baru saya ingat. Patutlah macam pernah nampak je. hehe” ujarku pula.

“Okey. Sekarang dah kenal. Senang sikit nak buat projek ni. Jom mulakan” kata Dell pula.

Walau bagaimana pun, Maya dapat rasakan ada dua jejaka di hadapannya sedang curi-curi tenung mukanya.

‘Entah-entah dia syok kat aku tak? hehe’ getus hatiku. ‘Hish, Maya! Perasan kau ni ye!’ otak aku membangkang.

Usai kami berbincang. Amsyar meminta nombor telefon Maya bagi menyenangkan untuk mereka menelefon jika perlu. Tapi rasanya itu hany aalasan untuk dia menghubungi lagi selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience