10

Romantic Comedy Completed 13943

“Hai korang” Kata Amsyar. Di Sebelahnya ada lelaki bongkak yang langgar aku dulu. Ingat? Azlan nama dia.

“Hai” Jawabku dan Dell serentak. Aku dan Dell tengah rehat sebenarnya.

“Oh ya. Kebetulan jumpa awak kat sini, boleh tak awak teman saya ke kedai depan tu. Alah, kejap je. Lagipun awak dah habis makan kan Dell? Jomlah.” Pujuk Amsyar.

“Habis nak tinggal Maya sorang-sorang?” jawab Dell. Macam kosong otak muka si Dell buatnya dalam situasi macam tu.

“Takpa. Azlan ada. Azlan temankan ye. Boleh kan?” Pujuk Amsyar lagi.

“Hurm. Oklah. Aku temankan Maya makan. Capat sikit tau.” Kata Azlan.

“Jom Dell. Awak kan pandai dalam bab memilih benda kan. Jom.” Ajak Amsyr.

“Yelah” jawab Dell sambil berlalu dari meja makan.

Sepi. Aku dan Azlan. Aku dah siap makan dah pun , tunggu diorang balik je. Sebab kejadian sebelum ni, kami memang jarang bercakap pun.

“Ehem, awak.” Azlan memulakan perbicaraan.

“Ye? Ada apa?” Jawabku acuh tak acuh. Tangan ku main straw minuman tu.

“Sejak bila awak kerja kat syarikat tu?”

“Baru je. Dalam setengah tahun. Kenapa ye?”

“Takda apa-apalah. err… Saya nampak awak macam rapat je dengan Amsyar. Ada apa-apa ke korang berdua ni?”

“Hah? Soalan apakah ini? Saya dengan Amsyar kawan biasa jelah. Dia tu baik orangnya. Sopan tak macam sesetengah orang lain”

“Oh.Perli saya ni. Takpa ke kalau awak duk berdua dengan saya macam ni?”

“Sebenarnya, tak boleh tapi tak pa kut. Sekejap je sementara tunggu mereka balik.”

“Tak boleh kenapa?”

“Sebab Allah larang apabila dua jantina berbeza duduk berdua. Tapi secara umum kita lihat, ramai je orang kat sini tapi kalau kita tengok dari segi meja. Kita sedang berduaan di satu meja.”

“Ouh. Ingatkan boyfriend marah tadi.”

“Buat apa boyfriend nak marah, boyfriend pun takda.”

“Aik? takkan lah takda? Saya tengok awak ni cantik, baik, sopan lagi. Takkan takda yang berkenan dengan awak.”

“Ada je. Cuma saya tak hiraukan. Saya cuma mencari suami bukan teman lelaki.”

“Wah. Saya sokong prinsip awak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience