3

Humor Completed 13838

“Assalamualaikum, awak pekerja baru kan? Siapa nama?” tanya seorang perempuan yang mejanya selang satu dari meja aku. Wajahnya lembut dan bertambah manis dengan ukiran senyuman yang diberikan.

Dalam ramai-ramai yang lalau, perempuan ni lebih sikit. Siap bagi salam dan tanya nama. Aku pun balaslah senyuman dan soalan tu.

“Wa’alaikumussalam. Ha’ah. Saya Maya Arisa. Panggil Maya je. Cik pula nama siapa?” tanya ku sopan. Kenalah soapan orang dah layan baik kan.

Aku pun membalas dengan senyuman yang paling manis. Dialah rakan sekerja yang pertama aku kenal buat masa ini. Sebab dia je berani tanya nama terus!

“Saya Delisha, panggil Dell je.”

“Oh. Hai Dell.”

“Dah lama ke duduk kat situ? Rasanya awak dah boleh berhenti sekejap kot. Tak ada staf HR yang temankan awak ke?”

Aku geleng. Memang aku sorang je dari tadi pun. Mungkin dia tak tahu sebab aku Nampak dia baru keluar dari bilik bos kot tadi.

“Hmmm… Eh, jomlah kita pergi makan dah masuk waktu rehat ni. Dari tadi saya tengok, khusyuk betul awak buat kerja. Ada banyak kerja ke?” Ajaknya.

Dia cuba berbual denganku kerana aku sememangnya diam sejak awal lagi. Tak tahu nak bercakap dengan siapa kerana yang lain-lain juga aku lihat sibuk dengan kerja masing-masing. Jadi aku diam sahaja memerhatikan mereka sejak tadi. Sudahnya aku menyiapkan mengisi borang-borang yang diberikan.

Aku melihat jam tanganku, oh, dah masuk waktu rehat patutlah perut aku dah menyanyi dari tadi!

“Aah. Dah tengah hari pun. Tapi saya tak habis lagi isi borang ni.”

“Tak apa. Simpan saja dulu. Lepas makan tengah hari ni, awak siapkanlah. Jangan risau, staf HR takkan nak marah. Bukan awak larikan diri pun.” Katanya sambil tersengih.

Cepat masa berlalu. Aku balas dengan anggukan tanda setuju. Kami sama-sama beredar untuk ke restoran yang berdekatan dengan pejabat. Itu pun Dell yang tunjukkan. Aku memang belum explore kawasan ni lagi. Jadi memang tak tahu nak makan kat mana atau nak pergi mana atau apa yang ada di sekitar pejabat aku ni.

Aku order makanan lepas tu minta izin dengan Dell nak pergi tandas. Masa inilah nak rasa tak sedap perut pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience