3RD POV
"Apa maksud awak Aina?"
Aina melihat Zahra dengan takungan air mata di matanya.Titisan demi titisan jatuh ke pipi.
"Aiden Adrian dah takda lagi Zahra.."
Zahra menatap wajah Aina berharap kata-katanya hanyalah satu penipuan.Tetapi wajahnya menunjukkan yang sebaliknya,harapan Zahra pecah berkecai.
"A-awak guraukan Aina..?A-aiden masih adakan?"
Aina hanya menggelengkan kepalanya.Hoon memegang tangan Zahra dengan perlahan.Zahra mengalihka. pandangannya ke Hoon yang berada disampingnya.
"Zahra.."
"Apa awak buat dekat sini Hoon?"
"Zahra saya jaga awak selama awak berada di sini"
"Tak mungkin!Saya yakin Aiden yang jaga saya bukan awak Hoon!"
"Zahra,Hoon tak tipu.Dia yang menanti awak di sini selama ni"
Aina mengeluarkan kata-kata yang memusnahkan harapan Zahra.Hatinya berdegup dengan sakit.
"Habis tu,hati siapa yang ada di dalam tubuh saya?"
Zahra bertanya kepada Aina yang hanya dapat mengalirkan air matanya.Hatinya berat untuk mengucapkan kata-kata tersebut tetapi Aina tiada pilihan.
"Hoon,beri ruang untuk saya dan Zahra berbual"
Pinta Aina kepada Hoon yang masih menatap Zahra dengan sedih.Dirinya tidak dianggap ada lagi oleh Zahra selama ini.
Hoon hanya berlalu pergi meninggalkan Aina dan Zahra bersendirian.Kata-kata ini jujur akan melukakan lagi hati Zahra.
Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati Aina.Aina mendekatkan dirinya kepada Zahra yang terlantar di katil hospital.
"Zahra..saya harap awak dapat terima semua ni.."
Zahra hanya menanti Aina untuk melanjutkan kata-katanya.Matanya menatap Aina dengan serious.
"Hati ada di dalam tubuh awak sekarang ni adalah hati.."
Kata-kata Ain terhenti ketika melihat wajah Zahra.
"Hati?"
"Hati Aiden Adrian,Zahra Auliya"
Mata Zahra terbuka luas apabila mendengar ucapan Aina kepadanya.Adakah hati yang dia miliki adalah hati Aiden Adrian?
"Awak tipukan Aina?Awak tipu!Tak mungkin!Tak mungkin hati Aiden adalah hati saya sekarang!"
"Saya takkan pernah tipu awak Zahra!Aiden yang dermakan hati dia untuk awak!untuk Zahra Auliya!"
***
-3 MINGGU KEMUDIAN-
"Ya Allah,adakah dia memang telah berada disampingmu?Adakah lelaki itu memang telah kembali kepadamu?Berikan ku jawapanmu Ya Allah.Jika dia masih ada,pertemukanlah kami.Hamba tidak sanggup berjauhan dengan dirinya.Aku sedar kini Ya Allah..Dia adalah lelaki yang ku cintai selama ini.Berikan aku satu peluang untuk berada di dalam dakapannya.Aku cinta dia,berikan dia untukku Ya Allah.."
Zahra sujud sekali lagi tetapi lebih lama.Berharap bahawa semua ini hanyalah mimpinya.
***
-FLASHBACK-
"Baby bunny.."
"Zahra..bangun"
"Beri saya 5 minit lagi.."
"Zahra..bangun.."
Mata Zahra dibuka dengan perlahan.Senyuman di wajahnya adalah permandangan yang pertama dilihat oleh Zahra.Senyuman tulusnya yang membuat hati Zahra berdegup dengan kencang.
"Baby bunny,bangunlah"
"Kenapa awak asyik kacau saya tidur?Menyesal saya beri kunci spare saya dengan awak,Aiden"
"Sampai macam tu pulak"
"Yelah!"
Aiden kemudian menarik tangan Zahra.
"Awak ni nak bawa saya ke mana?"
"Saya dah buat sarapan untuk awak,jadi..jom kita makan!"
"Awak buka peti sejuk saya?!"
"Ye!"
"AIDEN ADRIAN!"
***
-TAMAN-
"Suatu hari nanti,saya nak meneruskan kehidupan saya bersama future wife saya dan saya janji takkan pernah tinggalkan dia"
Zahra melihat Aiden dengan hairan.
"Bertuahnya isteri awakkan"
Aiden melihat ke sampingnya iaitu Zahra.Aiden tersenyum mendengar kata-kata Zahra.
"Dan saya berharap isteri saya tu nanti adalah awak"
Zahra melihat Aiden.Mereka saling bertatapan mata.
"Kenapa pulak saya?"
"Sebab hati saya hanya inginkan Zahra Auliya"
"Saya tak baik untuk awak,Aiden"
Aiden mengirimkan senyuman kepada Zahra dan membalas kata-katanya.
"Kalaulah awak boleh lihat diri awak macam saya lihat awak.Saya tak kisah kalau awak masih cintakan orang lain.Saya cuma nak awak jaga hati saya"
"Dan saya cuma nak cakap yang takkan ada orang lain yang dapat gantikan posisi awak di hati saya.Hanya awak yang dapat cerahkan dunia saya.Kan awak langit saya"
"Hati saya ada di diri awak Zahra Auliya.Jaga hati saya dan saya akan jaga hati awak"
Zahra hanya boleh menatap Aiden dengan matanya yang sayu.
***
-APARTMENT ZAHRA-
"Kenapalah Jack mesti pergi tinggalkan Rose?"
Aiden ketawa kecil melihat wajah Zahra yang sedih.
"Zahra,kadang-kadang manusia harus sampai ke titik 'kehilangan' untuk memahami arti sebuah kehadiran,kasih sayang dan kesetiaan"
"Aiden!Awak ni cakap lebih je!"
Aiden terdiam seketika.
"Saya cakap benda yang benar Zahra.Macam mana kalau saya takde lagi nanti?Takde disamping awak lagi?"
Hati Zahra hancur mendengar kata-kata Aiden.
"Janganlah cakap macam tu..saya dah tak sanggup lagi kehilangan seseorang yang saya sayang..cukuplah yang lain pergi tinggalkan saya..tapi kalau awak..saya tak sanggup.."
Aiden melihat Zahra yang mengalirkan air matanya.Aiden lantas memeluk Zahra,pelukannya disambut Zahra dengan perlahan.
"Awak janji dengan saya Aiden..jangan tinggalkan saya..saya tak dapat nak lanjutkan kehidupan saya tanpa awak..jangan tinggalkan saya lagi.."
"Saya janji Zahra..saya janji.."
***
"Jika cinta tak bisa mengembalikanmu padaku di dalam kehidupanku ini.Aku sangatlah yakin,pasti cinta akan menyatukan kita pada kehidupan yang selanjutnya.."
--------------------------
Apakah yang terjadi?Stay tune.Follow and comment untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Thank you.
Share this novel