3RD POV
"ZAHRA AULIYA!"
Zahra ketawa gembira sambil berlari di pantai yang luas.Matahari hampir terbenam,membuat permandangan lebih indah di mata mereka.
"AIDEN ADRIAN KALAU AWAK BERANI AWAK CUBALAH TANGKAP SAYA!"
Zahra terus berlari dengan perasaan yang gembira.Tiba-tiba,Zahra terjatuh dan kakinya terseliuh.Zahra menjerit kesakitan.Aiden terus berlari ke arah Zahra dengan pantas.
"ZAHRA!"
Tangannya cuba memegang kaki Zahra yang terseliuh.Namun,Zahra menolak tangan Aiden dengan cepat.
"Awak!sakitlah!"
Aiden melihat eksperasi Zahra dan tersenyum.Aiden memicit kaki Zahra sambil memberi nasihat kepadanya.
"Lain kali,awak jangan laju sangat.Kan dah jatuh,siapa yang susah?Zahra Auliya juga kan?"
Zahra memukul bahu Aiden dengan kuat.
"ADUH!"
"Ish!Awak ni.Apa cakap macam tu dengan saya?!"
Aiden memusingkan tubuhnya kepada Zahra,Aiden membelakangkan Zahra.Dengan perasaan yang hairan,Zahra menanyakan soalan.
"Yang awak ni pandang depan kenapa?"
"Baby bunny,saya suruh awak naik ke belakang saya.Nanti saya gendong awak,nak ke tak nak?"
"Saya boleh jalanlah!"
Zahra cuba berjalan namun terjatuh.
"Kan saya dah cakap.Naik jelah belakang saya bukannya mati pun"
"Ish!awak ni!"
"Tak nak ehh?saya balik dululah.Bye"
Aiden mula berjalan meninggalkan Zahra yang terduduk di atas pasir pantai.
"AIDEN!"
"Apa?"
"Janganlah tinggalkan saya.."
"..."
"Okaylah saya naik ke belakang awak.Puas?"
Aiden tersenyum gembira dan berjalan ke arah Zahra.
"Macam tu lah.Taklah susah manakan?"
Zahra kini berada di gendongan Aiden.Suasana yang tenang menemani kedua-dua hamba Allah.Bunyi ombak dapat didengarkan oleh mereka.
"Aiden Adrian"
"Ye,Zahra Auliya"
"Bagi awakkan saya ni siapa untuk awak?"
Tanya Zahra dengan tiba-tiba.Aiden hanya tersenyum dan tanpa basa-basi,dia menjawab pertanyaan Zahra.
"Zahra Auliya adalah wanita yang akan saya jaga sehingga saya menghembuskan nafas terakhir saya.Zahra Auliya adalah wanita yang pertama dan terakhir yang memegang hati saya."
"Zahra Auliya adalah kekasih hati saya.Zahra Auliya adalah segalanya bagi Aiden Adrian.Tiada yang dapat menggantikan Zahra Auliya dalam kehidupan Aiden Adrian"
"Bagai bulan,bintang dan langit.Awaklah adalah langit saya dan saya adalah bintang dan bulan awak"
"Kenapa pula saya langit awak dan awak bintang dan bulan saya?"
Aiden ketawa kecil sambil meneruskan langkahnya.
"Awak langit saya sebab tanpa langit saya takkan dapat melihat permandangan yang indah yang Allah ciptakan manakala saya adalah bintang dan bulan awak sebab saya akan sentiasa menemani awak dimana awak berada walaupun di siang hari awak tak nampak saya,saya akan tetap menerangi kehidupan awak ketika awak di dalam kegelapan"
Zahra tersenyum malu.Hatinya berdegup kencang apabila mendengar kata-kata Aiden Adrian.
"Habis tu kenapa panggil saya baby bunny?saya tahu jawapan awak mesti sama dengan yang awak cakap hari tu"
Aiden menurunkan Zahra dari belakangnya.Zahra duduk di atas bangku manakala Aiden duduk disamping Zahra.
"Saya panggil awak baby bunny sebab awak adalah orang yang istimewa dalam kehidupan saya"
"Maksud awak?"
"Baby maksudnya bayi,bunny tu arnab.Jadinya bayi arnab"
"AIDEN!"
Aiden ketawa apabila melihat reaksi marah Zahra.
"Baby bunny tu bagi saya istimewa tau!awak akan selalu jadi baby bunny saya"
"Saya nak tahu kenapa awak panggil saya baby bunny!tukar topik pulak!"
"Awak ni.Saya panggil awak baby bunny sebab awak satu-satunya wanita yang dapat buat hati saya berdegup laju macam tu jugalah bila saya tengok bayi arnab.Comel,baik hati,menggemaskan dan yang paling penting baby bunny tu sekarang ada dekat depan saya jadi saya takkan sia-siakan peluang untuk dapatkan awak"
"Baby Bunny"
Zahra terdiam.Kaku melihat pandangan yang serious Aiden berikan kepadanya.Perlahan-lahan Aiden memeluk Zahra.
"Zahra,kalau kita ditakdirkan berpisah..jangan sedih okay?"
"Kenapa awak cakap macam tu?"
"Sebab bila saya tengok awak,saya tak sanggup nak musnahkan kebahagiaan awak dengan Hoon.Saya tak nak disebabkan saya,awak dan Hoon berpisah"
Zahra mengembalikan pelukannya kepada Aiden tetapi lebih erat.
"Saya takkan pernah terluka disebabkan awak Aiden.Saya tahu awak takkan pernah lukakan saya walau apa pun yang terjadi"
"Saya cuma nak minta satu je dari awak"
"Apa?"
"Saya nak awak sentiasa berada di sisi saya"
Aiden melepaskan pelukan Zahra dan memandang Zahra dengan gembira.
"Zahra Auliya,sebelum ni saya pinjamkan hati saya untuk awakkan?"
"Yup!"
"Kini,hati saya digegaman awak.Milik awak.Jaga baik-baik tau Zahra"
"Jaga hati saya ye,baby bunny"
"Baiklah carrot!"
Mereka saling memberi senyuman dan tawa.Hari ini adalah hari yang istimewa untuk Zahra dan Aiden.Sungguh istimewa.
***
"A-aiden..?"
Mata Hoon terbuka apabila melihat Zahra tersedar dari tidurnya yang panjang.Zahra memusingkan kepala ke arah Hoon,sebaik sahaja pandangannya jelas.Zahra melihat wajah Hoon tetapi yang ada di dalam fikirannya sekarang adalah Aiden Adrian.
"A-aiden Adrian..?"
Hoon bergegas keluar dan mencari doktor manakala Zahra masih mencari seorang lelaki yang berada di fikirannya.
"A-aiden..?"
Melihat bayangnya tiada disisi,Zahra menjatuhkan air matanya.Hatinya mula terasa sakit apabila melihat bayangan Aiden tiada bersamanya.
"A-aiden..awak de-dekat mana?"
Doktor Aina dan nurse terus berlari ke arah Zahra,memeriksa kondisi Zahra.Doktor Aina berasa lega Zahra dalam keadaan yang baik.
"Macam mana doktor?"
Tanya Hoon yang berada disamping Doktor Aina.Dia hanya mengangguk menandakan Zahra dalam keadaan yang baik.
"Baiklah saya pergi dulu"
Hoon mengangguk.Langkah Doktor Aina terhenti apabila Zahra bertanya sesuatu yang pedih untuk dirinya.
"A-aina..mana A-aiden..?"
Hoon dan Doktor Aina melihat ke arah Zahra yang mengalirkan mata di hadapan mereka.
"A-aiden.."
Zahra melihat Doktor Aina dengan khawatir.
"Aiden?"
Tanya Zahra sekali lagi kepada Doktor Aina.
"A-aiden baik-baik je Zahra"
"Aiden dekat mana?"
"Aiden dah kembali kepada Allah,Zahra"
----------------------------
Adakah Aiden Adrian benar-benar pergi?Apakah yang akan terjadi?Stay tune.Follow and comment.Thank you!
Share this novel