24

Drama Completed 5496

AIDEN POV
-JAMBATAN KECIL-

Aku berdiri di sini dengan rasa hairan.Suara Zahra 100% sama dengan seorang perempuan yang selalu hadir dalam mimpi aku.

"Tolong ingat saya Carrot.."

Carrot?Kenapa dia panggil aku carrot?Kenapa Raisa tanya kalau aku ingat Zahra..sedangkan aku tak kenal dia..Aku hembuskan nafas aku..

Aku berjalan ke arah kereta dan terus menuju ke rumah Ayah sebab Raisa mesti ada dekat situ.Sesampai je dekat rumah ayah,aku berjalan menuju ke bilik Raisa bila aku terdengar suara ayah,ibu dan Raisa dekat ruang tamu.

"Lambat laun Aiden akan ingat jugak Zahra.Kita tak boleh nak simpan rahsia ni lagi"
"Ibu,Raisa rasa bersalah tipu Aiden selama ni.."
"Kita tak boleh buat apa-apa Raisa.."
"Raisa mesti jugak beritahu yang anak-anak kamu tu bukan anak Aiden"
"Ayah.."
"Raisa,Aiden bukan suami kamu yang sah.Dia cuma gantikan posisi Amir,suami kamu yang sah"
"Macam mana Raisa nak beritahu semua perkara ni dengan Aiden?"
"Beritahu dia tentang apa yang terjadi dengan dia sebelum ni.Ayah pasti mesti adik Aiden rindu sangat-sangat dengan abang dia,begitu jugak dengan Zahra Auliya"
"Raisa,ni keputusan yang baik untuk Aiden.Kesian Zahra,siang malam dia berharap supaya Aiden masih hidup.Biarlah masa lalu cukup membuat Zahra terluka,kita tak tahu apa yang Zahra rasa bila Aiden muncul tapi dah berkahwin dengan yang lain"
"Raisa tunggu waktu yang tepat ayah.."

3RD POV

Aiden berdiri dengan perasaan yang sukar untuk diluahkan.Langkah Aiden dengan cepat menuju ke arah mereka.

"Just tell me now!You don't need to tell me on the right time!"
"Aiden.."
"Tell me who is Zahra Auliya in my life!"
"Aiden.."
"TELL ME!!"

Aiden meninggikan suaranya sambil matanya menatap Raisa dengan mata yang dingin.Raisa berdiri,air matanya membasahi pipi.

"You heard everything did you?"
"JUST TELL ME FOR GOD SAKE!!"
"Aiden.."
"RAISA!!"
"FINE!Zahra Auliya is your lover Aiden Adrian!!"
"We never married each other.This is just acting!I never love you nor did you!Awak dermakan hati awak untuk Zahra Auliya supaya dia dapat lanjutkan kehidupan dia dengan orang yang dia sayang!BUT YOU DIDN'T KNOW THAT YOU ARE THE ONE WHO SHE LOVED!"
"Macam mana saya masih boleh hidup..kalau saya dermakan hati saya untuk Zahra..?"
"No one know Aiden.Mungkin Allah masih inginkan awak hidup menemani Zahra"
"What about us?"
"We never had any serious relationship Aiden.Amir,suami saya meninggal dunia dan bila saya terjumpa awak terbaring di hospital,saya jaga awak dan saya pinta dengan adik awak supaya saya jaga awak"
"I know truth is hurt but Aiden I'm not who you think you are.Saya bukan isteri sah awak.Maafkan saya Aiden..Saya bohong..Saya patahkan harapan Zahra.."

Aiden hanya terdiam.Pada masa yang sama,memori Aiden dengan pantas kembali menunjukkan memorinya bersama Zahra Auliya.Aiden menyentuh kepalanya yang sakit.

"Awak langit saya sebab tanpa langit saya takkan dapat melihat permandangan yang indah yang Allah ciptakan manakala saya adalah bintang dan bulan awak sebab saya akan sentiasa menemani awak dimana awak berada walaupun di siang hari awak tak nampak saya,saya akan tetap menerangi kehidupan awak ketika awak di dalam kegelapan"

Aiden terus rebah dan memegang meja untuk menahan tubuhnya.Aiden cuba sedaya upaya untuk mengingati Zahra.

"Jangan buat janji dengan aku Hoon.Kalau akhirnya nanti kau mungkir janji aku"
"Aiden-"
"Aku bukan orang yang macam kau fikir Hoon.Aku sayang Zahra bukan setakat tanah je,sayang aku kepada dia tak pernah putus macam air yang mengalir"
"Aiden aku tahu semua tu"
"Kau tak tahu Hoon.Kau tak tahu sebab kau tak pernah ada dekat position aku.Sakit yang ada dekat hati aku,kau tak tahu.Kau tak tahu macam mana rasanya bila kau tengok seseorang yang kau cinta menyebut nama orang lain dalam setiap doa dia.Kau tak tahu Hoon dan kau takkan pernah tahu"

Air mata mengalir ke pipi Aiden.Hatinya berdetak sakit,pandangan semakin kabur kerana air mata yang bertakung.Aiden terus cuba untuk mengingati semua memori yang ia telah lupa.

"Saya cemburulah"
"Kenapa?"
"Jodoh awak bertuah sangat sebab dipertemukan dengan lelaki sebaik awak.Dia bertuah sebab lelaki yang ada di depan saya ni tak pernah menyakiti hati orang yang ada di sekeliling dia.Dia sangat bertuah dipersatukan dengan lelaki yang penyayang macam Aiden Adrian"

Aiden berdiri dan terus berlari.

"Aiden!"

Raisa menjerit.Namun,Aiden telah hilang dari pandangannya.

"He remembered"

***

Zahra memandang sekeliling.Sekali lagi,Zahra mengunjungi pantai yang penuh dengan memori yang indah.Bunyi ombak membuat Zahra tenang namun tanpa ia sedari,seorang lelaki memandangnya dari belakang.

Lelaki itu dengan perlahan berjalan menuju ke arah Zahra.Air mata terus mengalir ke pipi.Hatinya berat untuk menegur Zahra yang asyik melihat permandangan di hadapannya.

"..Baby bunny.."

Akhirnya Aiden Adrian berjaya memanggil Zahra Auliya.Zahra berdiri kaku di tempatnya,tubuhnya masih menghadap ke arah ombak yang berada di hadapannya.

"Baby bunny.."

Suara Aiden bergegar.Zahra terus menoleh ke belakang dan melihat Aiden yang menangis.Cahaya bulan yang terang menunjukkan air mata yang mengalir di pipi Aiden.Zahra terdiam dan berdiri kaku.

Aiden membuka mulut,cuba mengatakan sesuatu namun satu patah perkataan pun tidak terkeluar dari mulutnya.Zahra hanya menunggu.

Zahra mengambil langkah dan cuba beredar namun terhenti apabila mendengar ucapan Aiden.

"Awak langit saya sebab tanpa langit saya takkan dapat melihat permandangan yang indah yang Allah ciptakan manakala saya adalah bintang dan bulan awak sebab saya akan sentiasa menemani awak dimana awak berada walaupun di siang hari awak tak nampak saya,saya akan tetap menerangi kehidupan awak ketika awak di dalam kegelapan"

Tubuh Zahra dipaut oleh Aiden dari belakang.Dagu Aiden diletakkan atas bahu Zahra.Air mata Aiden mengalir dan menyentuh bahu Zahra.

"Saya ingat awak baby bunny.saya ingat awak.Aiden ingat Zahra"

Zahra melepaskan pautan Aiden dan menghadapnya.Tangan Zahra menyentuh pipi Aiden,air mata di pipi Aiden dihapuskan oleh Zahra.Senyuman di bibirnya jelas menunjukkan kebahagiaan.

Zahra terus memeluk tubuh Aiden dengan erat.Tangisannya terus memecahkan kesunyian.Aiden lantas membalas pelukan Zahra.

"Saya rindu awak sangat-sangat Carrot.I miss you so much.Saya tak dapat hidup tanpa awak.Tolong jangan tinggalkan saya lagi.Sa-saya tak mampu Aiden.Siang malam saya berharap supaya awak masih hidup dan dapat berdiri di samping saya.Saya tak nak kehilangan awak lagi.Sakit hati saya bila saya tahu yang awak pergi tinggalkan saya hari tu.Maafkan saya sebab tak jujur dengan awak Aiden.Kalau saya tahu semua benda ni akan terjadi,saya takkan pernah tinggalkan awak atau sakitkan hati awak.Maafkan saya Aiden..Maafkan saya.."
"Baby bunny.."
"Saya rasa saya bodoh Aiden..sepatutnya saya tak bohong awak.sepatutnya saya jujur dengan awak.saya banyak membebankan awak selama ni.Saya sakitkan hati awak.."
"Zahra..ni bukan salah awak.jangan salahkan diri awak..jangan memandang lemah terhadap diri awak sendiri.saya tahu yang perempuan di hadapan saya ni kuat sangat-sangat.saya tahu awak dapat menjalani hidup awak Zahra.Saya tahu awak kuat.Setakut manapun awak,saya tahu awak akan cuba hadapi dugaan yang Allah beri.Maafkan saya jugak Zahra sebab tak beritahu awak yang saya akan jadi penderma hati awak.Maafkan saya sebab tinggalkan awak dan mungkir janji kita.Saya sayang awak sangat-sangat baby bunny.Maafkan saya sebab biarkan awak hadapi semua kesakitan ni seorang diri lagi"
"Bukan salah awak Aiden..saya redha dengan ketentuan dan takdir Allah.Yang penting awak ada dengan saya sekarang ni.Yang penting saya dapat luahkan perasaan saya"

Zahra melepaskan pelukan tersebut dan menatap mata Aiden.Senyuman terus terukir di bibirnya.

"Saya cintakan awak Aiden Adrian.I love you Carrot"
"Saya cintakan awak jugak Zahra Auliya.I love you too baby bunny"

Tanpa mereka sedari,seseorang sedang memerhati mereka dengan tatapan yang penuh dengan benci.

"Aku takkan biarkan korang bahagia,Aiden..Zahra.."

---------------
Stay tune!Follow and comment.Thank you!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience