3RD POV
"Ya Allah,memang ini ke takdir Zahra dan Hoon?Kenapa Ya Allah..?Kenapa hati Zahra terluka bila mendengar apa yang Syaza cakap tadi..?"
"Tolong maafkan Zahra kalau Zahra terlukakan perasaan hambamu.Tetapi Ya Allah,berikan petunjuk untuk Zahra.Jika Hoon memang jodoh Zahra,bukakan mata Zahra tetapi jika dia bukan untuk Zahra..hadiahkah Hoon seorang wanita yang lebih baik dari Zahra.Bahagiakan Hoon bersama orang yang dia cintai Ya Allah"
Untuk kali terakhir Zahra sujud kepada Yang Maha Esa.Air matanya jatuh ke atas bumi milik Allah.Terasa kerdil Zahra apabila berhadapan dengan Allah.
Nafasnya ditarik dengan perlahan.Pill 'antidepressants' ditenung,Zahra tahu yang dia patut tinggalkan semua perkara tersebut tetapi masa silam yang tidak dapat dilupakan masih menghantui siang dan malamnya.
"Awak yakin saya mampu bahagiakan awak?"
"Saya sayangkan awak Hoon"
Tangisannya memecahkan suasana yang sunyi.Setiap nafas yang diambil,hatinya terpaksa menahan kesakitan yang diterima.
"Boleh tak awak janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya,Hoon"
"Saya janji sang permaisuri hati"
Tangannya menutup mulutnya daripada mengeluarkan bunyi tangisan tetapi apakan daya tangisannya masih dapat didengari.
***
Aiden menatap Zahra yang duduk di sofa kecilnya.Aiden mendekati Zahra dengan perlahan.Sang wanita yang dicintainya masih mencintai lelaki lain yang bernama Hoon.
"Baby bunny.."
Aiden memegang bahu Zahra dengan lembut.Kepala Zahra ditundukkan ke bawah,secara perlahan Aiden membuat Zahra melihat dirinya.
Air mata mula mengalir apabila mata Zahra menatap mata Aiden.Zahra cuba menahan tangisannya tetapi yang sebaliknya terjadi.
"Carrot.."
Perlahan-lahan Aiden memeluk Zahra.Tak sanggup Aiden melihat wanita yang dicintai menangis.
"Awak..kalau menangis dapat buat awak tenang,menangislah sepuas hati awak..Jangan pendam perasaan awak,Zahra"
"Sakit yang awak rasakan hanya sementara,suatu hari nanti mendung yang ada di dalam hati awak akan berubah menjadi pelangi yang cantik"
"Kalau awak sayang Zahra,awak mesti belajar cara melepaskan seseorang yang bertakhta di hati awak.Orang yang awak cintai tak akan sentiasa berada disamping awak,mereka ditakdirkan untuk datang dan pergi"
Zahra terus menangis mendengar ucapan Aiden.
"Jika dia adalah jodoh dunia dan akhirat awak,jika dia adalah orang yang awak cintai,jika dia adalah orang yang bertakhta di hati awak,cari dia dan jalani hidup awak bersama dia"
***
"Kalau awak jodoh saya Zahra,jantung saya akan sentiasa berdegup untuk awak.Nafas saya hanya untuk awak,bahu saya akan jadi tempat dimana awak bersandar dan awak mesti ingat yang saya adalah cinta pertama dan terakhir awak.Ikatan saya dan awak sangat kuat,jadi my beautiful princess,I am yours.Saya cintakan awak Zahra"
Kata-kata Hoon sekali lagi bermain di fikiran Zahra.Pertanyaan yang sentiasa berada di fikarannya sentiasa memberikan tanda tanya untuk dirinya.
"Saya nak minta awak tolong saya untuk dapatkan hati dia..Boleh awak tolong saya?Saya cintakan Hoon..saya tak sanggup nak tengok dia diseksa dengan perempuan macam Zahra yang dia selalu ceritakan"
Kata-kata Syaza sekali lagi bermain di ingatannya.Adakah Zahra sanggup memberikan seseorang yang amat bermakna untuknya kepada orang lain?
"Jika dia adalah jodoh dunia dan akhirat awak,jika dia adalah orang yang awak cintai,jika dia adalah orang yang bertakhta di hati awak,cari dia dan jalani hidup awak bersama dia"
Fikirannya kembali kepada pernyataan Aiden pada petang tadi.Zahra menghembuskan nafas panjang-panjang dan berjalan dengan niat untuk mengambil wudhu.
Perlahan-lahan Zahra mengambil wudhu.Sesudah selesai mengambil wudhu,Zahra memakai telukung berwarna putih ke badannya.
Sejadah diletakkan ke atas lantai dengan perlahan.Akhirnya,Zahra menunaikan solatnya kepada Allah.
***
"Ya Allah,disini hambamu ingin meminta petunjuk dan hidayah darimu.Tenangkanlah hati hambamu ini dari rasa resah gelisah yang menghantuiku.Berikanlah jawapanmu Ya Allah.Janganlah kau membiarkan perasaan ku dikelirukan oleh syaitan.Berikan aku jawapanmu.Hanya engkau tempatku mengadu dan bersandar,maafkan salah silap yang pernah ku lakui.Berikan aku peluang untuk merasakan cinta dari seseorang yang aku cintai Ya Allah walaupun aku hanya dapat merasakan sekali sahaja.Aamiin"
Selesai berdoa,Zahra bersujud sekali lagi dengan nama Allah.Cahaya rembulan menyinari kegelapan yang menginap di hatinya.
Tiba-tiba,pandangan Zahra menjadi kabur.Dunianya berputar dan kepalanya mula berdenyut sakit.Pada malam yang indah dan sunyi,Zahra terbaring di atas sejadah tidak menyedarkan diri.
Perlahan-lahan mukanya berubah menjadi pucat.Darah mula mengalir keluar dari hidung Zahra dengan cepat membasahi telukung yang digunakan oleh Zahra.
*Ya Allah,apa terjadi dengan Zahra ni..?*
-------------------------------
Apakah yang akan berlaku kepada Zahra?Stay tune.Follow and comment untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Thank you!
Share this novel