3RD POV
-FLASHBACK-
"Maafkan Aiden awak..Aiden terpaksa jugak pindah ke sana..Zahra tahukan Aiden takkan pernah lupakan Zahra?..Hm..?"
Aiden menarik Zahra ke pelukannya.Ibu Aiden dan adiknya hanya tersenyum sedih.Mereka tahu betapa rapatnya Aiden dan Zahra,bak kata pepatah bagai isi dengan kuku.
"Aiden..jangan lupakan Zahra dekat sini tau?Kalau Aiden lupakan Zahra,nanti Zahra tak nak kawan dengan Aiden lagi!"
"Aiden janji!"
Kereta Aiden semakin menjauh dari pandangan Zahra.Matanya masih mengalirkan air mata pedih.Hari demi hari,Zahra hanya mendiamkan diri.
PAP!
Suara pentengkaran mama dan papanya menghiasi telinga Zahra.Ryan sentiasa berada di dalam pelukan kakak kesayangannya.
"Akak..kalau Ryan pergi dulu..akak tak kisahkan?"
Zahra menatap mata Ryan dengan tatapan sedih
"Kenapa Ryan cakap macam tu?Ryan takkan pernah tinggalkan akak dan akak takkan pernah tinggalkan Ryan.Dengar tu!"
"Akak..kalau takdirnya akan jadi macam tu..Ryan harap akak kuat dan maafkan Ryan kalau Ryan terpaksa tinggalkan akak.."
"Ryan-"
"Akak mesti ingat yang Ryan sayang sangat-sangat dengan akak.Zahra Auliya,kesayangan Ryan Naufal!"
Ryan tersenyum dan segera memeluk kakaknya yang menangis di hadapannya.Ucapan Ryan masih berada di ingatan Zahra,
"Maafkan Ryan sebab buat akak nangis tapi kalau takdir dah tulis kisah kita macam ni,kita tak boleh nak buat apa-apa kak.."
-PRESENT-
Zahra hanya terdiam dan memberi pandangan dingin apabila melihat Hoon yang berdiri di hadapannya dengan sejambak bunga rose.
"Zahra-"
"Macam mana kau tau aku tinggal sini?"
"Zahra-"
"Aku tanya kau jawablah!"
Bentak Zahra dengan kuat.Siapa sangka Zahra akan meninggikan suaranya kepada Hoon.Hatinya masih sakit selepas apa yang terjadi.
"Saya tahu dari Syaza.Saya mintak dia tanya mana awak tinggal dengan kerani"
"Zahra,saya tahu awak takkan maafkan saya lepas apa yang saya cakap dengan awak tapi Zahra..please..please bagi satu peluang untuk perbaiki semua yang saya rosak..Zahra..saya tak dapat hidup tanpa awak"
"Malam saya dipenuhi dengan sunyi tanpa awak..pagi saya yang terang sebelum ni bertukar gelap selepas saya sakiti awak..Saya tak dapat menahan rasa sakit di hati saya lepas saya tinggalkan awak hari tu.."
"Saya tahu saya tak layak untuk awak maafkan tapi Zahra..please..saya tak dapat bernafas tanpa awak disisi saya..beri saya satu peluang untuk menjalani hari-hari saya bersama awak..biarkan saya yang menjadi tempat kebahagiaan awak,Zahra..please"
Zahra kuatkan diri dan membalas kata-kata Hoon,jelas suaranya terdengar sakit.
"Kalaulah apa yang awak cakap sekarang ni Hoon adalah kata-kata yang awak ucapkan dulu..mung-mungkin saya dapat memaafkan awak.."
"Apa salah awak beri tahu saya perkara yang sebenar Hoon?Apa salahnya awak jelaskan kebenaran di hadapan saya dulu bukannya sekarang.."
"Kenapa mesti sekarang Hoon?Kenapa mesti waktu saya dah tak percayakan sesiapa dan berharap semua orang pergi dalam hidup saya..awak muncul?Kenapa waktu hati saya dah berkecai awak datang dan cuba satukannya semula?"
"Tolonglah Hoon..Tolong lupakan saya dan tinggalkan saya sendiri..saya dah tak percaya akan cinta yang awak janjikan dulu Hoon..Ini takdir kita Hoon..Awak mesti terima takdir ni dan cari orang lain.."
Zahra menghempas pintu di hadapan wajah Hoon.Air mata Hoon mengalir tanpa henti,bunga yang dipegang jatuh ke lantai.
***
Badan Zahra perlahan-lahan jatuh ke lantai.Air mata hanya mengalir membasahi wajahnya.Hatinya kini berdenyut sakit apabila memikirkan Hoon,lelaki yang pernah mewarnai kehidupan.
"Hoon..tolong..pergi..dari..hati..saya.."
-PADA MASA YANG SAMA-
"Zahra..tolong..kembali..ke..pelukan..saya.."
***
-FLASHBACK-
Dua insan yang pernah bersatu telah ditimpa takdir yang tidak dapat dijalani.Hati yang pernah dimiliki oleh dirinya hancur hanya disebabkan satu kata-kata yang dilontar dengan kejam.
"Wahai angin bawakan awan itu pergi kerana aku ingin melihat sang pelangi"
Ucap Zahra Auliya yang menatap langit yang mendung.Dirinya telah dituduh melakukan hal yang terlarang oleh dia tanpa sang dia mengetahui hal yang sebenar.
"Saya dijual Hoon..oleh ayah tiri dan mama saya..tapi kenapa lebih memilih mempercayai orang lain?Saya takkan pernah buat macam tu sebab saya sayang awak Hoon.."
"Kenapa awak tinggalkan saya seorang diri dekat sini..kenapa lukakan hati saya yang dah dilukai?Sumpah Hoon,saya tak akan pernah mempermainkan cinta awak.."
"Awak pergi macam tu je..awak tak fikir ke perasaan saya..lepas awak lontar kata-kata awak.."
"Saya janji Hoon,saya bukan Zahra Auliya yang awak kenal.Saya bukan seorang perempuan yang awak dapat hina dan maini.Saya bukan perempuan murah yang awak cakap"
***
-PRESENT-
"Kejap!"
Langkah Zahra terhenti.
"Awak Zahra Auliyakan?"
Zahra menatap seorang gadis saya berada di hadapannya.
"Ye..?"
"Kenapa?"
Tanya Zahra kepada gadis itu
"Saya Syaza Imani,kawan Hoon"
Zahra terdiam sebentar sebelum menjawab kenalannya.
"Ada apa?"
"Awak kenal Hoonkan?Saya nak minta awak tolong saya untuk dapatkan hati dia..Boleh awak tolong saya?Saya cintakan Hoon..saya tak sanggup nak tengok dia diseksa dengan perempuan macam Zahra yang dia selalu ceritakan"
Hati Zahra hancur berkecai mendengar kata-kata Syaza.Senyuman palsu diberikan kepada Syaza.
"Kalau saya boleh tahu,macam mana awak tahu saya kenal Hoon?"
"Hoon pernah cakap yang awak kawan dia dari sekolah menengah"
"Kawan?"
"Ye.Kawan,dia cakap yang awak kawan dia.Waktu tu saya ada tanya awak berdua pernah menjalinkan hubungan istimewa ke tapi Hoon cakap yang awak berdua hanya kawan biasa dan tak lebih dari tu"
Zahra menghembuskan nafasnya dengan panjang dan tersenyum kecil.
"Saya minta diri dulu"
"Tapi awak akan tolong sayakan?"
Kata-katanya sekali lagi membuat langkah Zahra terhenti.Dengan sakit yang ada di hatinya,Zahra menjawab
"Insyaallah"
-----------------------------------
Apakah yang akan terjadi?Stay tune.Follow and comment untuk mengetahui dengan lebih lanjut!Thank you.
Share this novel