20

Drama Completed 5496

3RD POV

Zahra melintas lintasan belang dan pergi ke kafe yang terdekat untuk membeli air minuman.Zahra menanti gilirannya untuk memesan air minuman kesukaannya iaitu caramel machiato.

Tubuh Zahra kaku apabila matanya bertatapan dengan seseorang yang sangat ia rindui.Mata mereka saling bertatapan untuk seketika.

"Cik?"
"CIK!"

Tegur seorang pelayan yang bekerja di kafe tersebut.Zahra terus memalingkan tubuhnya ke arah pelayan tersebut dan membayar air minumannya.

Sebaik saja habis membayar,Zahra melihat ke arah seseorang yang mirip dengan Aiden Adrian.Namun,orang tersebut telah tiada di pandangan matanya.Zahra terus keluar dari kafe itu dan melihat ke arah sekelilingnya.

Bandar Korea dipenuhi oleh ramai orang dan sulit untuk Zahra mencari orang tersebut.Hatinya berharap supaya orang tersebut adalah Aiden Adrian tetapi itu hanyalah halusinasinya.

Kepala Zahra ditundukkan ke bawah.Nafasnya dihembus dengan perlahan.Tiba-tiba,dompet yang dipegang oleh Zahra terjatuh ke jalanan.Tangannya segera mencapai dompet tersebut namun terhenti apabila dompetnya dicapai oleh seseorang.

Kepala Zahra diangkat dan hatinya berhenti berdegup untuk seketika.Pandangan di hadapannya membuat Zahra ingin menangis.

"Sorry this is your wallet right?"

Tegur orang tersebut kepada Zahra.Zahra hanya menatap wajahnya tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.

"Miss?"

Zahra terbangun dari fikirannya yang mendalam dan segera mengambil dompetnya dari tangan lelaki tersebut.Lelaki tersebut mengirimkan senyuman manisnya kepada Zahra dan bertanya.

"I must scared you,sorry miss..?"
"No it's okay.Zahra Auliya"

Lelaki tersebut menganggukkan kepalanya dan ingin berlalu pergi.Dengan pantas Zahra memegang tangan lelaki tersebut membuat langkahnya terus terhenti.Dia memandang Zahra dengan hairan.

"Thank you for helping me"
"No worries"
"May I ask your name?"

Lelaki tersebut hanya menatap wajah Zahra untuk seketika.Dia hanya tersenyum dan menjawab pertanyaan Zahra.Ucapannya membuat Zahra terkejut dan kaku di tempat ia berdiri.

"Aiden Adrian"
"My name is Aiden Adrian"

***

Zahra melihat permandangan di luar jendela officenya.Air matanya yang bertakung kini membasahi pipinya.Fikirannya terus melayang kepada si dia.

Zahra hanya dapat menangis ketika melihat dia berganding tangan dengan perempuan lain.Zahra bertanya kepada dirinya sendiri.Hatinya terluka ketika mendengar ucapannya.

"Kalau awak Aiden,kenapa awak tak ingat saya..?"
"Siapa perempuan yang bersama dengan awak tadi Carrot..?"

Semua soalan yang bermain di fikirannya masih belum terungkap jawapannya.Zahra terus memandang keluar.Adakah dia memang Aiden Adrian?

Zahra menghapuskan air matanya dari pipi dan duduk di sofa.Tapak tangannya menutupi wajahnya yang kecil.Zahra cuba menenangkan fikiran dan hatinya selepas apa yang terjadi.

"Adakah dia memang Aiden Adrian..ya Allah..?"
"Berikan aku petunjukmu."

Pinta Zahra dengan hati yang terluka.

***
FLASHBACK

"Saya tak nak tau kehilangan awak sekali lagi Aiden.."
"Baby bunny,i will never leave you again okay?"
"Boleh percaya ke?"
"Ofcourse"

Zahra dan Aiden duduk di sebuah jambatan yang kecil.Di hadapan mereka adalah sebuah tasik yang besar.Zahra dan Aiden akan meluangkan masa mereka di tempat itu setiap hari jumaat,sabtu dan ahad.

Tujuannya supaya mereka sentiasa bersama walau apa pun yang terjadi.Di situ mereka dapat mengumpul memori mereka bersama-sama jika salah satu daripada mereka pergi.

"Tak cayalah!"

Aiden memegang tapak tangan Zahra dan menatap matanya dengan dalam.Aiden berkata dengan serious.

"Baby bunny,saya nak awak ingat,jika satu hari nanti kita dipertemukan kembali,saya nak awak percaya orang itu adalah saya"
"Saya nak kita perjuangkan cinta kita yang telah lama hilang"
"Saya nak awak yakinkan diri saya pada waktu itu yang saya adalah Aiden Adrian kepunyaan awak"

Zahra bertanya lagi kepada Aiden.

"Kalau waktu tu awak ada perempuan lain macam mana..?mesti awak jatuh cinta dengan dia dan lupa saya-"
"Hey,takkan ada perempuan lain yang dapat miliki cinta saya selain awak,Zahra Auliya"
"Sekiranya saya bersama yang lain,hati saya masih ada digenggaman awak"
"Saya masih milik awak"

Aiden mendakap Zahra dengan erat.Pelukannya disambut Zahra dengan lembut.Degupan jantung Aiden menjadi melodi di telinganya.

"Saya sayang awak sangat-sangat Aiden"
"Saya sayang awak sangat-sangat juga Zahra"

------------------------
Apakah yang akan terjadi?Stay tune.Follow and Comment!Thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience