3RD POV
Zahra berdiri di pantai yang pernah ia kunjungi bersama Aiden.Matahari mula terbenam dan memorinya bersama Aiden mula bermain di fikirannya.Bunyi ombak menemani Zahra,kesunyian adalah satu-satunya yang dapat ia rasai.
"Maafkan saya Zahra"
Tiba-tiba suara seseorang memecahkan kesunyian Zahra.
Zahra memusingkan tubuhnya.
"Wipe your tears princess"
"..Hoon.."
Hoon berdiri memandang Zahra.Air matanya masih di pipinya,mengenang si dia yang telah pergi jauh.Zahra dengan perlahan menjelaskan semua yang ada di dalam perasaannya.
"Zahra saya.."
"Hoon..saya nak cakap sesuatu.."
Hoon memandang Zahra dengan perasaan yang takut.
"Saya dah tak cintakan awak lagi Hoon.Saya sedar selama ni,kalau kita memang soulmate..Kita akan sentiasa cuba untuk menyelesaikan masalah kita..tetapi Hoon,kita tak macam tu..sebaliknya kita makin memperbesarkan masalah kita..kita bukan jodoh Hoon.."
"Zahra..awak tahukan saya masih sangat mencintai awak..saya tak kisah Zahra kalau awak cintakan orang lain.Asalkan awak sudi jadi isteri sah saya..Aiden suruh saya jaga awak dan saya nak jaga awak tetapi sebagai isteri sah saya"
"Hoon tolong jangan paksa perasaan saya.Saya tak nak dera diri saya.Saya tak nak tipu diri saya Hoon.Saya tak nak kisah lama berulang kembali"
Zahra dengan perlahan berlalu pergi.Pergi jauh meninggalkan Hoon.
***
"Sah?"
"Sah.Sah."
Syaza tersenyum gembira,akhirnya dia menjadi isteri sah Hoon.Hoon menatap Zahra yang duduk bersama ibunya.
"Zahra!"
Hoon memanggil Zahra.Zahra hanya terdiam dan berdiri kaku di tempatnya.
"Zahra,awak tahukan cinta tak boleh dipaksa..tapi kenapa saya mesti berkahwin dengan perempuan yang saya tak cintai?"
"Hoon-"
"Saya tak cintakan Syaza.Saya cuma anggap dia kawan saya tak lebih daripada tu"
Zahra terdiam,sukar untuk dirinya melihat Hoon yang sedih.
"Maafkan saya Hoon.Ini takdir kita berdua,awak adalah jodoh Syaza bukan saya.Tolong fahami takdir yang Allah berikan untuk kita.Maafkan saya sebab melukai hati awak Hoon.Hati dan perasaan bukan mainan yang boleh kita kawal.Awak mesti belajar melepaskan saya dan mulai hidup awak bersama isteri awak,Syaza"
Dengan itu Zahra berlalu pergi dari majlis perkahwinan Hoon dan Syaza.Zahra meninggalkan Hoon yang pernah ia cintai.
***
-3 TAHUN KEMUDIAN-
"Boss"
Zahra memandang Nurul,iaitu PA Zahra.Nurul berlari ke arah Zahra.
"Ada orang yang nak jumpa Boss"
"Siapa?"
"Aku"
Badan Zahra kaku apabila mendengar suara orang tersebut.Tangannya mula bergetar,jantungnya semakin berdegup laju.Nafasnya tidak teratur apabila matanya menatap orang yang berada di hadapannya.
"Saya pergi dulu boss"
Nurul berlalu pergi meninggalkan Zahra bersama orang tersebut.
"Dah lama aku cari kau Zahra,tak sangka yang kau kaya sangat sekarang ni kan"
Langkahnya menuju ke arah Zahra.Zahra melangkah ke belakang dengan takut.
"A-apa kau buat k-kat sini?"
"Zahra,aku datang balik untuk dapatkan kau.Kau anak aku Zahra"
"AKU BUKAN ANAK KAU!KAU FIKIR AKU NAK ANGGAP KAU AYAH AKU BILA KAU JUAL AKU?!"
"Zahra,kau ni kurang ajarkan?Mak dengan anak sama je.Nasiblah perempuan tu dah mampus!"
"Apa maksud kau?"
"Zahra,mama kesayangan kau tu dah mati.Disebabkan kau lari,aku jual mak kau dengan lelaki yang hauskan jiwa perempuan.Tapi,mak kau mati jadi kau mesti ganti tempat dia Zahra"
Zahra memandang lelaki yang berada di hadapannya dengan benci.Air matanya bertakungan di mata.
"KAU BUKAN MANUSIA!KAU TAK LAYAK NAK DIPANGGIL MANUSIA!BINATANG!"
"HAHAHA ZAHRA!!KAU FIKIR KAU DAPAT LARI DARI AKU?!HIDUP KAU AKAN SENGSARA ZAHRA!HAHA!!"
Security guard terus berlari dan memegang 'ayah tiri' Zahra apabila mereka mendengar kaca pecah.'Ayah tiri' Zahra ditarik keluar dari bangunan Zahra Company.
Satu office mula riuh rendah apabila mereka melihat 'Ayah tiri' Zahra seperti orang gila.Nurul terus berlari ke arah office Zahra,pintu dibuka dan Nurul menatap Zahra yang terduduk di lantai dengan peluh dan wajahnya yang ketakutan.
"Boss.."
"Leave me alone,Nurul.I'm fine"
Nurul memandang Zahra dengan khawatir.Tetapi apakan daya Nurul terpaksa menurut kata-kata Zahra.
***
"Aiden..dia datang balik..saya harap awak ada disini dengan saya..saya rindu awak sangat-sangat Aiden.."
Foto Aiden ditatap oleh Zahra.Air mata berlinangan di pipinya.Hidupnya kucar kacir selepas ditinggal Aiden Adrian.
Zahra termenung,memori lama berterbangan di fikirannya.
***
"Baby bunny?"
Zahra menatap wajah Aiden dengan lama.Matanya masih menatap Aiden dengan lama.Aiden melihat ke arah belakangnya tetapi kosong.Aiden mula berasa hairan akan karenah Zahra.
"Baby bunny,kenapa ni..?"
Zahra memegang tangan Aiden dengan perlahan.
"Saya takut Carrot..saya takut dia datang balik dan kacau hidup saya macam dulu..macam mana kalau awak takde disamping saya..?Saya takut.."
Aiden melihat Zahra yang menunjukkan rasa ketakutan.Aiden membalas pegangan Zahra dengan meletakkan tangannya di atas tangan Zahra.
"Bunny,saya tahu awak kuat.You're the strongest girl I've ever met in my entire life.No matter what happened in your life,I knew that you can do it without me being by your side"
"Tapi saya perlukan awak Aiden..saya takut berhadapan dengan orang macam dia..I need you.."
"Hey listen okay,semua yang berlaku di dalam hidup awak akan buat awak lebih kuat dari dulu.Jangan biarkan masa lalu menghantui awak.Awak kuat Zahra and I know that"
Zahra memandang Aiden dengan sedih.Genggamannya semakin kuat.
"Tolong jangan tinggalkan saya,Aiden.."
"Zahra..if Allah wanted us to be apart,we can't do anything about that.That is fate,takdir.Jika saya masih di sisi awak akan saya jaga awak seperti nyawa saya.Tapi jika sebaliknya berlaku,just so you know hati saya ada bersama awak,always"
"And I can't promise that I will stay but in your heart,always"
***
"Kini gelap sekali di sini,tiada sepercik cahaya pun disekelilingku kerana cahaya berpendar dari dirimu.."
"Bodohnya saya sebab terlalu lambat menyedari yang saya cintakan awak Aiden.."
"Carrot..i miss you so much.."
Hati Zahra berdegup kesakitan.
"Saya buat hati awak sakit Aiden..saya ambik hati awak semata-mata untuk meneruskan hidup saya..manakala awak pergi jauh dengan hati saya yang rosak.."
"Maafkan saya Aiden..maafkan saya..saya tak kuat tanpa awak..saya tak pernah kuat kalau bukan awak yang menjadi bintang dan bulan saya.."
"Langit terasa kosong tanpa bintang dan bulan..macam saya yang kosong tanpa Aiden Adrian.."
Bunyi tangisan menjadi peneman di malam hari.Suara Aiden Adrian kedengaran di telinganya walaupun itu hanya imaginasi untuk Zahra tetapi ia seakan dekat bersamanya.
"I love you baby bunny.."
Kata-kata itu adalah kata-kata terakhir yang didengari oleh Zahra.Air matanya membasahi pipi,mukanya pucat.
"..i love you too carrot.."
-------------------------------
Apakah yang akan terjadi?Stay tune untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Tolong follow dan comment.Thank you
Share this novel