Hai!Ini adalah cerita yang pertama saya cipta dengan bahasa yang berbeza.Saya akan mencampurkan sedikit bahasa lain seperti Malaysia,Indonesia dan Inggeris di dalam cerita ini.
Separuh daripada ceritanya ini adalah dari kisah yang benar seperti emosi yang dialami oleh Zahra dan Ryan.Saya berharap semua pembaca dapat memberi sokongan untuk saya bagi meneruskan karya yang lain.
Saya berharap pembaca dapat mempelajari bahawa di dalam cerita ini betapa pentingnya kesihatan mental perlu dijaga.Dan juga masa lalu bagi sesetengah orang yang cendurung mengalami depresi atau boleh dikatakan kemurungan.
Dan saya harap dengan cerita ini,kita dapat cuba untuk mempelajari bahawa terdapat sesetengah orang memerlukan bantuan dari segi mental.Saya harap para pembaca dapat menerima pengajaran dari cerita ini.
Sekian.
Share this novel