3RD POV
-5 BULAN KEMUDIAN-
"Aiden,awak yakin dengan keputusan awak ni?"
Doktor Aina merenung wajah Adrian yang tersenyum manis.
"Saya yakin Aina.Awak jangan risaukan saya,yang penting sekarang Zahra.Awak mesti selamatkan dia,Aina"
"Aiden-"
"Saya tahu apa yang saya buat Aina.Saya yakin Zahra dapat teruskan hidup dia walaupun saya takda dengan dia"
"Aiden-"
"Saya okay Aina.Saya okay.Awak jangan risau tentang saya,saya nak awak fokus dengan Zahra.Tolong selamatkan dia,tolong selamatkan nyawa dia"
"Aiden-"
"Tolong rahsiakan semua perkara ni dari dia.Kalau dia tanya tentang saya,tolong beritahu dia saya baik-baik je"
"Aiden-"
"Please Aina.."
Aina terus menjatuhkan air matanya dan terus memeluk abang dengan erat.Aina Natasha adalah adik kepada Aiden Adrian tetapi semua orang mengenalinya dengan nama Sha termasuk Zahra.
Zahra hanya mengenali adik Aiden dengan nama Sha bukan Aina.Wajar jika Zahra tidak mengenali adik Aiden kerana namanya yang berlainan.
"Abang..kenapa abang mesti buat camni?Abang tak kesian ke dengan Sha?Sha tak nak abang pergi tinggalkan Sha.."
"Tolong fikir balik keputusan abang.."
Tubuh Aina dipeluk erat oleh Aiden.Air mata yang mengalir dipipi Aina dihapuskan oleh Aiden.Aiden mengirim senyuman manis kepada Aina.
"Aina Natasha mesti ingat yang Aiden Adrian ni kuat tau!Abang dah fikir masak-masak Sha,walau ribut menimpa pun keputusan abang masih sama"
"Kenapa mesti abang?"
"Sebab ini takdir yang Allah tulis Sha.Kadang-kadang kita mesti kehilangan seseorang dalam diri kita supaya kita semakin kuat untuk menghadapi dugaan yang akan datang"
"Sha tak nak kehilangan abang..Sha ada abang je dalam hidup Sha.Abang adalah satu-satunya tempat Sha berlindung"
"Kalau Sha sayang abang,Sha mesti belajar cara untuk melepaskan abang pergi"
Aina terus menangis dan memeluk Aiden semakin erat.Hatinya bagai ditusuk pisau apabila mendengar keputusan Aiden Adrian.
"Abang janji walaupun abang takde dekat sisi Sha,abang masih ada dekat sini"
Aiden menunjuk hati Aina dengan senyuman sedih di wajahnya.Satu kucupan didahi diberikan kepada Aina daripada Aiden.
***
Jantung Zahra menunjukkan jantungnya semakin lemah.Aiden merenung wajah Zahra yang tidur dengan tenang.
Zahra telah koma selama 3 minggu selepas pembedahan dijalankan.Kemungkinan tiada peluang untuk Zahra meneruskan hidupnya.
"Aku nak kau jaga dia baik-baik"
Jelas Aiden kepada Hoon yang berdiri di belakangnya.Hoon hanya mendiamkan diri melihat Aiden.
"Jaga hati dia.Jangan seksa hati dan perasaan dia lagi.Aku tahu kau sayang dia tapi kau mesti ingat Hoon.Walau apa pun yang terjadi lepas ni,kalau kau masih sakitkan hati Zahra,kau akan terima padahnya"
Aiden memandang Hoon dengan pandangan yang sukar dijelaskan.
"Aku tahu apa yang aku buat Aiden.Aku janji aku akan jaga dia baik-baik"
Hoon memegang bahu Aiden walaupun Aiden sedikit tinggi darinya.Aiden melihat tangan Hoon yang berada di bahunya.
"Jangan buat janji dengan aku Hoon.Kalau akhirnya nanti kau mungkir janji aku"
"Aiden-"
"Aku bukan orang yang macam kau fikir Hoon.Aku sayang Zahra bukan setakat tanah je,sayang aku kepada dia tak pernah putus macam air yang mengalir"
"Aiden aku tahu semua tu"
"Kau tak tahu Hoon.Kau tak tahu sebab kau tak pernah ada dekat position aku.Sakit yang ada dekat hati aku,kau tak tahu.Kau tak tahu macam mana rasanya bila kau tengok seseorang yang kau cinta menyebut nama orang lain dalam setiap doa dia.Kau tak tahu Hoon dan kau takkan pernah tahu"
Hoon terdiam mendengar kata-kata Aiden yang mempunyai maksud yang teramat dalam.
Air mata dihapuskan dengan cepat oleh Aiden.
"Aku buat semua ni bukan sebab aku kesian dengan kau tapi sebab Zahra.Aku mohon dengan kau,jangan pernah buang Zahra dalam hidup kau"
"Dia berharga sangat-sangat dalam diri aku.Satu kata-kata yang keluar dari mulut kau dapat mengguris hati dia.Tolong jangan pinggirkan lagi Zahra"
Aiden berjalan ke arah Zahra.Satu kucupan didahi untuk Zahra sebelum Aiden berbisik
"Saya sayang awak Baby Bunny.Jangan lupakan saya ye,saya harap awak bahagia walau bukan dengan saya.Maafkan Aiden ye Zahra..sebab Aiden tak dapat nak bersama Zahra untuk selamanya.."
Air mata terus mengalir ke pipi Aiden tanpa berhenti.Aiden terus mengusap rambut Zahra,sentuhan yang terakhir Aiden berikan kepada Zahra.Hatinya menahan luka untuk Zahra.
"Ba-baby bunny..C-carrot pergi dulu ye..salam perpisahan Zahra Auliya..jangan seksa diri awak lagi ye.."
"I l-love you ba-baby bunny.."
Dengan itu Aiden Adrian berlalu pergi meninggalkan Zahra Auliya tanpa khabar.Aiden berhenti di depan Hoon dan melihat Zahra untuk kali terakhir sebelum beredar sepenuhnya.
"Demi awak baby bunny..demi awak.."
-------------------------
Apakah yang akan terjadi kepada Aiden,Zahra dan Hoon?Stay tune.Follow and comment untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Thank you!
Share this novel