7

Family Completed 5383

3RD POV

Haziq dan Hoon bertentangan mata,situasi mula tegang apabila kedua-dua lelaki itu jelas memberi jelingan maut untuk sesama sendiri.

"Apa yang kau cakap tadi,Ziq?"
"Kau pekak ke Hoon?Aku cakap Zahra pelacur"

Hoon cuba untuk mengawal amarah yang mula membara di dalam dirinya.Tangannya mula digenggam dengan erat,jelas Hoon sangat marah kepada Haziq.

"Kau tak kenal Zahra,Ziq.Jadi jangan sukahati kau nak menuduh dia!"
"Hoon,dah jelas-jelas satu sekolah cakap tentang benda ni!Kau masih tak percaya?!"
"Kau jangan nak percaya cakap orang Ziq!Kita tak tahu apa yang jadi kat Zahra!Jadi jaga sikit mulut kau tu!"
"Lah!Kau masih juga nak bela perempuan rosak tu?Apa yang kau nampak dekat dia Hoon?Banyak lagi perempuan cantik daripada dia"
"Aku bukan macam kau Haziq!Aku bukan tengok dari rupa paras macam kau!Aku bukan kaki perempuan macam kau!Dan satu lagi dia bukan macam yang korang fikir!Aku kenal Zahra dan aku sayang dia!"
"Bawa matilah sayang kau tu Hoon!Kau masih juga nak sayang pelacur macam dia?!"
"Apa bukti kau dia pelacur Ziq?!"

Haziq tersengih dan mula berjalan ke arah Hoon.Tangan Hoon dicapai dan sekeping gambar diberikan kepada Hoon.Foto Zahra bersama lelaki lain jelas berada di dalam foto tersebut,Hoon melihat reaksi Haziq yang kini tersenyum licik.

"Hoon,apa pun yang kau buat kalau takdir korang jadi macam ni?Hmm?Takda guna Hoon.Zahra bukan untuk kau"

Haziq berlalu pergi setelah memberi satu ucapan yang membuat hati Hoon sakit bagai ditusuk pisau.

"Ingat Hoon,Zahra bukan untuk kau.Dia bukan milik kau,dia kotor Hoon.Sangat kotor"

***
Tatapan Zahra kosong,kini semua memang dah hancur.Zahra takut,terlalu takut untuk bersemuka dengan Hoon dan orang lain.

"Ya Allah,apa yang Zahra mesti buat ni..?tolong Zahra.."

Badannya dipeluk erat.Air mata berlinangan ke pipinya,suara tangisan kini memenuhi ruangan biliknya.Zahra merasa kotor akan dirinya sendiri.

"Aku dijual oleh lelaki tak guna tu!Ya Allah maafkan Zahra..Maruah Zahra dah tercalar disebabkan lelaki tu.."

***

"Hoon!"

Langkah Hoon terhenti ketika dia mendengar suara yang dia kenali tetapi Hoon terus melangkah pergi.

"Hoon!Kejap!"

Zahra berlari dan mencapai tangan Hoon tetapi pegangannya dilepaskan dengan kasar.Mata mereka saling bertatapan.Mata Hoon menunjukkan perasaan benci,jijik ketika dia melihat Zahra.

"Hoon-"
"Kau nak apa dari aku?!"

Intonasi Hoon membuat Zahra terkejut.Suaranya jelas kedengaran benci terhadap Zahra.Hoon tak pernah meninggikan suaranya kepada Zahra apatah lagi menggunakan "kau" "aku" kepada Zahra.

"Hoon,kenapa ni?"

Hoon ketawa kecil

"Kau tanya kenapa?!Jangan nak buat tak tahu lah perempuan!Kau fikir aku tak tahu yang kau tu dah jual badan kau dengan lelaki luar sana?Hmm?Eh,aku tak sangka yang kau akan buat macam tu lah!Dasar perempuan takda maruah!"

PAP!

Pipi Hoon ditampar oleh Zahra.Air mata kini jelas mengalir di pipi gadis suci itu.Zahra mengeluarkan amarahnya kepada Hoon.

"KALAU AWAK NAK TAHU HOON,SAYA DIJUAL OLEH AYAH TIRI DAN MAMA SAYA!SAYA TAKKAN PERNAH BUAT PERKARA TERLARANG MACAM TU HOON!RUPANYA AWAK SAMA JE MACAM ORANG LAIN!SAYA DIJUAL HOON!MARUAH SAYA DAH TERCALAR SEBAB IBLIS TU!SAYA MASIH ADA HATI DAN PERASAAN HOON!SAYA DIPERGUNA OLEH MEREKA HOON!"
"Ini ke janji cinta awak dengan saya?Mahligai cinta?Ini ke Hoon?Awak cakap awak takkan pernah tinggalkan saya walau apa pun yang terjadi.Ini ke yang awak janjikan untuk saya?Awak tetap percaya orang lain sedangkan saya yang menghadapi semua ni?"
"Saya tak sangka Hoon.Awak rupanya sama je,macam lelaki lain.Murahnya saya didepan awak.Awak juga mempergunakan sayakan Hoon?!"

Hoon melihat Zahra dengan kebencian merasuk dirinya.

"Yes,you are right.I am using you Zahra.I've never loved you and never did.Kau tu cuma perempuan yang takda maruah diri dan kau layak jadi pelacur Zahra.Kalau aku nak beli kau pun bolehkan?You're cheap!"

Hoon berlalu dari situ,meninggalkan Zahra dengan kata-kata yang sakit.Tangisan Zahra kini dapat didengari oleh Hoon dari jauh.Sakitnya hati Zahra apabila mendengar kata-kata tajam Hoon.

"Saya fikir awak lain,Hoon.Saya fikir awak sayang saya sepenuh hati awak.Rupanya awak gunakan saya juga Hoon?.."

Hujan mula membasahi Zahra yang menangis seorang diri di jalanan.Hoon lelaki yang dia fikiri boleh membahagiakannya kini berubah menjadi lelaki yang menyakiti hati dan perasaannya.Derita yang dia rasai kini lebih menyakitkan.Zahra merasa kesian dengan dirinya sendiri.

"Apa dosa Zahra,Ya Allah..?"

***

"Maafkan saya Zahra..Maafkan Hoon.."

Hoon memandang Zahra dari jauh dengan air mata yang mengalir di pipinya.

"Hoon!Cepat!"

Ibu Hoon memanggil dirinya.Hoon akan pergi jauh dari Zahra.Hoon akan berpindah ke Korea Selatan dan akan menetap di sana untuk selamanya.Berat hatinya untuk meninggalkan Zahra selepas kata-kata yang dia ucapan yang keluar dari mulutnya.

"Cepat Hoon!"

Mahu tak mahu,Hoon berlalu pergi selepas melihat Zahra untuk terakhir kali.

"Aku sakitkan hati Zahra,Ya Allah..Maafkan Hoon.."

--------------------------------------------------
Apakah yang akan terjadi?Nantikan episod seterusnya.Stay tune,follow and comment.Thank you!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience