BAB 7

Romance Completed 10104

Aku mencatat senarai barang untuk dibeli di pasaraya. Banyak juga barang kena beli ni. Tak sabar nak Egypt! Hatiku benar-benar teruja. Aku mengenakan abaya dengan tudung Syria berwarna kelabu. Lantas aku mencapai kunci kereta yang tergantung di dinding.

“Hannah..” ibu memanggil. Segera aku memalingkan muka ke belakang.

“Ya bu?”

“Hannah dah fikirkan belum? Pasal perkahwinan Fawwaz dengan Hannah?” tanya ibu.

Aku menelan air liur. Aduh! Apasal ibu boleh ingat hal ini?

“Erk. Hannah tak nak.” Beritahuku perlahan.

“Baiklah.. Kalau Hannah masih tak bersedia, ibu tak paksa.” Balas ibu. Aik? Sedih sahaja bunyinya. Ibu pasrah dah ke?

“Ibu? Ibu okay?” tanyaku. Risau juga tengok ibu tiba-tiba fed up. Ini bukan ibu yang aku kenal!

“Ibu okay.” Ujar ibu yang cuba tersenyum. Aku tahu itu senyuman sekadar ingin aku berpuas hati.

“Ibu.. Hannah minta maaf. Hannah tak nak jadi anak derhaka. Maafkan Hannah,bu..” mataku mula bergenang. Tubuh ibu kupeluk erat.

“Ibu harap sangat ada orang boleh jaga Hannah dekat Egypt nanti.” Luah ibu.

Hatiku tersentuh dengan kata-kata yang diluahkan oleh ibu. Begitu risau ibu terhadapku. Jahatkah aku menghampakan harapan ibu? Aku cuma masih tidak bersedia. Ya Allah.. bantulah aku.. Rintih hati kecilku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience