BAB 4

Romance Completed 10104

“Malam ni ibu nak kenalkan Hannah dengan anak kawan ibu.” Ujar ibu sambil tersenyum.

Hah? Apa kena pulak? Ada kaitan dengan aku ke?

“Anak kawan ibu? Siapa?” tanyaku.

“Wait and see.” Balas ibu.

Alahh.. Nak berahsia-rahsia pulak. Ni mesti lelaki! Sejak bila pulak ibu aku reti berahsia bagai ni?

“Assalamualaikum..” kedengaran suara dari luar rumah memberi salam. Aku bergegas masuk ke dalam bilik untuk menyarungkan tudung.

“Wa’alaikumussalam.” Sahut ibu lalu menuju ke pintu hadapan.

Aku sekadar mengintai di sebalik langsir bilik. Malu dengan anak teruna yang berdiri di sebelah kawan ibu. Hensem. Aduh! Apa aku buat ni? Cepat-cepat aku beristghfar di dalam hati.

“Hannah..” ibu memanggil namaku.

Patutkah aku keluar? Ibu ni sengaja rancang semua ini! Aku mengatur langkah menuju ke arah ruang tamu. Tangan kawan ibu kusalam dengan baik.

“Inilah anak perempuan awak ya Fina? Dah besar. Lawa.” Puji sahabat ibu.

Malu aku! Terasa nak sembam mukaku ini dekat bantal!

Ibu tergelak.

“Ada ada sahaja awak ni Ros.” Balas ibu.

Lawak. Ibu pula yang nak malu ni kenapa? Err..

“Hmm.. Ros, mari kita ke dapur. Dinner dah siap.” Ajak ibu kepada sahabatnya.

“Hannah nak ikut.” Ujarku.

“Hannah duduk sini. Kenal-kenal dulu dengan anak kawan ibu. Boleh?” ibu menahanku.

Kenal-kenal? Alahhh.. Aku mana reti! Malu! Hannah malulah ibu!! Jerit batinku. Aku kembali duduk di atas sofa. Lelaki itu sibuk dengan iphone miliknya. Mesti lelaki tu dipaksa oleh Puan Ros untuk datang ke rumahku. Tekaku di dalam hati.

Ibu dan puan Ros meninggalkan aku dengan lelaki asing di ruang tamu. Aku mendiamkan diri sahaja. Malas nak memulakan topik. Huh.

“So, nama awak apa?” tanya lelaki tersebut lalu memasukkan iphone ke dalam poket seluarnya.

“Hah?” apa yang dia cakap tadi? Aku tak beri tumpuan sangat tadi.

“Apa nama awak?” tanya lelaki itu balik.

“Ohh.. Hannah Irdina.” Jawabku. Malas nak borak lama, aku pandang ke arah lain.

“Saya Fawwaz.” Balas lelaki tersebut.

“Tak tanya pun.” Balasku diikuti dengan ketawa kecil. Aku memang macam ni. Siapa suruh bermesra dengan aku tak bertempat? Kalau tak suka dengan perangai aku, aku lagi suka!

Dia turut sama ketawa. Aku hanya memerhatikan keadaan dia. Serius aku rasa macam aku terpukau melihat cara dia ketawa. Nampak terlalu, hensem. Oh,tidak!! Aku takkan jatuh cinta!

Dia berhenti ketawa. Bibirnya masih tidak lepas dari tersenyum. Segera aku mengalihkan pandangan daripada memandang dia.

“Awak, tolong jangan senyum macam tu boleh tak?” beritahuku.

“Kenapa? Senyum itu adalah sedekah. Salah ke saya bersedekah?” usik Fawwaz.

Erk. Kerek betul dia ni!

“Saya tak perlukan sedekah awak.” Balasku.

Dia ketawa lagi.

“Amboi.. Sombong. Saya memang macam ni, pemurah. Murah dengan senyuman. Tapi! Saya bukan buaya darat, okay.” Awal-awal lagi dah bagi amaran.

Aku pula yang tersenyum.

“Eleh.. Tadi duk belek-belek iphone, bukan mesej dengan girlfriend ke?” sakatku.

“Eh? Itu klien la. Eh,kejap! Awak cemburu ke?” dia pula menyakatku.

Habis merah padam muka aku. Malu!

“Eh?? Tak ada masa saya nak cemburu bagai. Saya baru je kenal awak. Jangan nak perasan.” Bidasku.

Fawwaz gelak lagi.

“Saya tanya je.. Dan bergurau. Sorry?” ujar Fawwaz.

“Tak diterima.” Balasku berpura-pura serius. Kemudian aku kembali tersenyum.

“Saya tak ambil hati pun laa.. Jomlah dinner. Malas nak borak panjang dengan awak.” Ujarku selamba.

Fawwaz hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience