BAB 10

Romance Completed 10104

Tiga tahun berlalu..

Aku berjalan keluar daripada airport. Alhamdulillah.. Akhirnya aku pulang jua ke tanah air. Rindu!!! Segarnya udara!

PIN!PIN!

Aduh! Rosak mood bahagia aku! Kereta manalah tak reti adab dan sopan ni? Geram aku! Aku mengerling pada kereta yang membuat hon tadi.

Seseorang keluar daripada kereta tersebut. Lelaki segak bercermin mata hitam. Ceh!! Bajet hensemlah tu?

“Hannah!” dia menjerit teruja.

Dia kenal aku kah?

Lantas lelaki itu membuka cermin mata.

“Ya Allah.. Fawwaz!”

***

Rupa-rupanya ibu menyuruh Fawwaz datang menjemputku di lapangan terbang. Hmm.. Macam ada agenda tersembunyi je. Aku mula tidak sedap hati.

“Beruntunglah awak nanti dapat suami hensem.” Fawwaz bersuara.

“Hensem? Siapa?” tanyaku. Pelik!

“Mestilah orang pilihan ibu awak. Dia dah tak sabar nak kahwin.” Ujar Fawwaz.

Bulu romaku sudah meremang. Gila! Ini semua gila! Ibu masih nak jodohkan aku dengan Fawwaz? Aku tak nak!!

“Cincin dah ada kat rumah. Tunggu empunya diri sahaja mahu approve atau tidak.” Tambah Fawwaz lagi.

Aku seperti mahu pengsan. Somebody tolong culik aku sekarang!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience