BAB 9

Romance Completed 10104

Setahun berlalu..

Cuaca di Egypt sudah dapat aku biasakan. Kalau musim sejuk, sejuknya bukan kepalang! Menyengat sampai urat nadi! Nasib baik hari ini kelas tamat awal. Boleh juga aku rehat dekat rumah. Aku membelek surat khabar yang dibeli di kedai pagi tadi. Belum habis lagi dibaca, jadi aku habiskan juga hari ini. Banyak info dan ilmu yang boleh dipelajari dengan membaca. Rugi kalau kita terlepas ilmu-ilmu tersebut. Maklum sahajalah.. Ilmu itu harus dicari.

Aku berhenti membelek apabila tiba di muka surat yang bertulis artikel tentang ‘Engineer’. Wahai hati bersabarlah.. Bagaimana agaknya keadaan Taufiq di Malaysia? Sudah lama dia tidak menghubungiku. Aku pun tak naklah ganggu dia. Manalah tahu kalau dia busy? Mungkin dia sudah ada perempuan lain. Terpaksalah aku merelakan. Dia bukannya milikku!

Tetapi, takkanlah dalam masa setahun ini dia langsung tak nak bertanya khabar diriku? Sampainya hatimu Taufiq! Hampir sahaja air mataku tumpah, aku segera menyekanya. Bibirku segera beristighfar dan zikrullah. Hanya kepada Allah sepatutnya kuserahkan hati ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience