BAB 3

Romance Completed 10104

Majalah sekolah menengah kubelek sehelai demi sehelai. Kenangan yang lepas mula mengimbau dalam ingatan. Rindu. Aku rindukan guru-guru, rakan sekelas dan mak cik – mak cik kantin. Senyuman terukir di bibir. Apabila tiba muka surat album kelas 5 Sains 1, mataku tertumpu pada wajah Taufiq. Ha ha.. Lawak. Muka yang sangat blur!

Kenapalah aku boleh tersangkut hati pada wajah yang blur ni! Serius, dulu aku tak suka dekat dia! Nak bercakap apatah lagi. Pernah sekali kami satu kumpulan untuk aktiviti asrama. Taufiq adalah ketua kumpulan. Aku pulak? Ahli yang paling malas! Nak sumbang idea apatah lagi. Aku membuat keputusan untuk mendiamkan diri.

Dia pernah sekali cuba untuk berbicara denganku. Aku hanya memandang dia dengan rupa seposen. Waktu itu, aku tak berapa nak ambil tahu sangat pasal kumpulan aku. Aku lebih suka membuat kerja sendirian. Sombong tak aku pada masa tu? Ha ha!

“Nama apa?” tanya Taufiq.

“Hah??” aku mencabut earfon yang kupakai di telinga.

“Apa kau cakap tadi? Tak dengar. Sorry.” Ujarku.

“Kau nama apa?” tanya dia.

“Ohh.. Tak kenal aku ke?” aku tergelak. Ada juga orang tak kenal nama aku. Adess..

“Kalau kenal, tak adalah aku tanya.. Kau budak baru asrama, so aku baru kenal.” Balas Taufiq.

Aku tersengih.

“Sorry laa.. Nama aku Hannah Irdina. Form 4. 4 Sains 1.” Jawabku.

“Oh.. Nanti kau bawak kertas kerja ni okay? Kita present sama-sama.” Beritahu dia.

“Hah?? Pre..present? Present apa?” terkebil-kebil diriku.

“Itulah kau.. Masa bincang, diam jee.. Bila-bila sumbat kapas je terus dalam telinga.” Pedas sindirannya.

Aku menunduk muka. Malu! Terasa darah menyerbu ke seluruh bahagian mukaku! Taufiq gila!!

Beberapa minit kemudian, nama kumpulan kami dipanggil. Jantungku ni bagai nak pecah! Laju semacam berdegup! Entah apa bendalah aku kena present! Si Taufiq bukannya nak menolong! Jahanam!

“Assalamualaikum. Kami dari kumpulan Gol Gila Bola…” intro Taufiq. Semua orang memberi tepukan gemuruh. Aku pun gemuruh jugak. Tapi yang lawak, kenapa nama kumpulan aku tu sengal sangat?

“Kenapa nama kumpulan awak Gol Gila Bola?” tanya kapten asrama kepadaku.

“Hah? Err.. Sebab..” aku tergigit lidah. Aduh! Malu aku!

“Sebab kami semua gilakan bola. Lebih-lebih sekarang demam bola. Betul kan?” jawabku selamba.

Semua orang bersorak. Aku melihat ke arah ketua kumpulan, Taufiq. Dia tersenyum sendirian. Kutuk akulah tu!

“Okay.. Boleh awak ceritakan tentang maksud logo kumpulan awak?” tanya kapten asrama lagi.

Tanya aku ke? Gila! Asyik-asyik tanya aku! Apa guna si Taufiq ni? Gumamku.

“Better saya jawab soalan ni..” mikrofon bertukar tangan antara aku dengan Taufiq. Aku tersengih. Selamat!

“Gambar bola menunjukkan kami berada dalam satu bulatan di mana kami saling bekerjasama antara satu sama lain. Bilangan corak di dalam bulatan ini menunjukkan bilangan ahli kumpulan kami iaitu 6 orang.” Jawab Taufiq.

“Kenapa ada satu corak yang tidak berwarna?” tanya kapten lagi.

“Oh.. Itu sebab ada salah satu ahli kami yang sedang tidur. Orang lain bersemangat mewarna, dia seorang je yang tidur.” Jawab Taufiq tanpa memandang wajahku. Wajah Taufiq mempamerkan senyuman nakal.

Arghh!! Sindir aku lagi! Bengang!

“Okay.. sebelum korang kembali ke tempat duduk, macam biasa, korang kena cabut satu kertas dalam kotak ini dulu dan lakukan tugasan untuk menceriakan kami semua.” Kapten menyerah satu kotak kepadaku.

Hah??? Aku kena cabut ke? Aku mendekati belakang Taufiq.

“Weh, kau jela yang cabut.” Bisikku.

“Takpe.. Kau cabut je..” balasnya.

Aduh! Sengal betul dia ni! Perlahan-lahan aku memasukkan sebelah tangan ke dalam kotak yang dihulurkan oleh kapten. Aku main cabut sahaja. Nasib koranglah..

Aku menghurkan kertas yang dicabut kepada kapten.

“Okay.. Tugasan yang perlu dibuat ialah kumpulan Gol Gila Bola akan menari tarian ‘chicken dance’!!” ujar kapten.

“What? Mana boleh!” balasku drastik.

Semua orang menumpu ke arah wajahku. Ops!! Volume tinggi pulak! Adesss…

“Sorry.” Aku tersengih malu. Ibu!! Nak balik!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience