BAB 8

Romance Completed 10104

Semua ahli keluargaku turut berkumpul di lapangan terbang. Aku memeluk tubuh adik bongsuku dengan erat. Sebak rasanya untuk meninggalkan Malaysia. Meninggalkan orang yang aku sayang. Tambahan lagi, orang yang aku sayang tiada di sini. Sedih!

“Adik belajar rajin-rajin tahu. SPM tahun depan, buat yang terbaik.” Pesan aku kepada Farhana, adik bongsuku.

Farhana tersenyum. Seterusnya, aku bersalam dan mencium tangan ibuku. Ibu menggosok kepalaku dengan lembut. Mata dan mukaku menjadi panas. Terasa air mata ingin keluar.

“Study kat sana jangan stress sangat. Jangan lupa solat 5 waktu. Sentiasa berzikir dan berselawat. Al-Quran jangan lupa.” Pesan ibu.

“InsyaAllah. Ibu dengan abah jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan.” Pesan aku pula.

Fawwaz memandangku sambil tersenyum. Aku turut membalas senyumannya.

“Awak, terima kasih kerana memahami saya. Kalau ada jodoh, pasti kita bertemu lagi.” Ujarku.

“InsyaAllah.” Balasnya.

“Kak Hannah!”

Aku mendengar seseorang memanggil namaku. Lantas aku berpaling ke kiri. Aisya!

“Aisya!!” aku memeluk Aisya. Sudah lama benar aku tidak bertemu dengan gadis itu.

“Kak Hannah nak pergi mana?” tanya Aisya.

“Akak nak naik flight. Sambung belajar dekat Egypt. Pukul 10 akak kena check in.” ujarku sambil melihat jam pada tangan. Baru pukul 8.30 a.m..

“Abang dah tahu?” tanya Aisya lagi.

“Abang?” aku tersenyum. Lantas aku mengangguk kecil.

“Mana abang?” Aisya mencari kelibat Taufiq. Aku tergelak kecil.

“Abang dekat U la…” jawabku.

“Laa.. Kenapa abang tak hantar akak. Hmm.. Abang ni memanglah!” gumam Aisya.

Aku mengerutkan dahi. Pelik betul Aisya ni.

“Aisya? Jom balik.” Ajak seorang wanita dalam lingkungan 40-an yang baru sahaja tiba berhampiran kami. Aku kenal wajah ini! Umi Taufiq!

“Umi, inilah kak Hannah. Kawan angah.” Ujar Aisya. Ishh Aisya ni! Janganlah kenalkan aku dekat umi tu! Malulah akak!!

Aku tersenyum kecil. Takut weh! Umi Taufiq turut tersenyum.

“Hannah yang selalu angah cerita itu ke? Baru sekarang boleh jumpa.” Ujar umi Taufiq.

Aku hanya tersengih.

“Oh ya, kejap ya puan.” Aku pergi ke arah ibuku. Lalu ku ajak ibu berkenalan dengan umi Taufiq.

“Ini ibu saya. Ibu, inilah umi Taufiq.” Aku meperkenalkan mereka berdua.

Ibu dan umi Taufiq bersalaman.

“Hannah nak pergi belajar dekat Egypt,umi. Best kan?” beritahu Aisya kepada uminya.

Aku hanya terdiam.

“Bertuah anak puan dapat belajar luar negara.” Puji umi Taufiq kepada ibuku.

Aku menunduk muka. Aduh! Malu! Dipuji oleh umi Taufiq pulak tu. Err..

Pengumuman untuk check in sudah dibuat. Aku dan ibu saling berpandangan.

“Puan, saya pergi dulu.” Ujarku.

Umi Taufiq memelukku sebaik sahaja aku bersalam dengannya. Melihat wajah uminya membuatkan aku menjadi bertambah rindu untuk berjumpa dengan Taufiq. Ya Allah, kau buangkanlah perasaan itu daripada hatiku ini. Sungguh tidak elok aku merindukan lelaki yang tidak halal buatku.

Sejurus itu, aku bersalaman dengan Aisya pula. Aku mengeluarkan kertas dari dalam tas tangan. Surat. Surat yang sudah lama akuu ingin sampaikan kepada Taufiq.

“Aisya..” aku membisik ke telinga Aisya.

“Ya?”

“Tolong serahkan surat ini dekat abang.” Bisikku.

Aisya tersenyum mesra sehingga menampakkan lesung pipitnya. Comel!

“InsyaAllah. Kakak don’t worry. You will get happiness when you come back. InsyaAllah.” Ujar Aisya.

Aku berkerut-kerut tidak faham. Apa yang Aisya melalut ni? Takkanlah Taufiq sukakan aku? Impossible!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience