BAB 11

Romance Completed 10104

“Ibu? Ada orang hantar cincin ke?” tanyaku sebaik sahaja Fawwaz pulang.

Ibu tersenyum.

“Kamu ni Hannah.. Tak nak salam dengan ibu dulu ke?” usik ibu.

Aku tersengih. Lalu aku menyalami tangan ibu. Aku sudah mengetahui bahawa abah tiada di rumah. Outstation di Singapura. Itu pun Fawwaz yang beritahu dalam kereta tadi. Amboi.. Rapat bebeno hubungan Fawwaz dengan keluarga aku sekarang. Ini tak boleh jadi!

“Cincin tu ada. Dalam bilik Hannah. Hannah tengok sendirilah cincin tu lawa atau tak.” Ujar ibu.

Aku bergegas masuk ke dalam bilik. Pintu bilik aku kunci dengan rapat. Kotak cincin berada di atas meja tulisku. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Kalau benar Fawwaz yang memberi cincin ini, maka tamatlah riwayat aku! Aku dah berjanji supaya tidak akan mengecewakan harapan ibu lagi.

Kotak cincin dibuka. Cantik. Ada sekeping kad terselit pada kotak tersebut.

Assalamualaikum.

Kepada Hannah Irdina. Ehem. Sudikah awak mengahwini saya? Itu sahaja yang hendak saya sampaikan. Sekian.

Yang ikhlas,

Jejaka Comel.

Jejaka comel? Ya Allah!! Makhluk mana pulak ni!! Telefonku bergetar. Ada mesej masuk. Taufiq!

+ Sudi tak?

What? Adakah itu Taufiq? Subhanallah… Tidak kusangka bahawa Taufiq melamarku. Aku menaip mesej ringkas.

+ ?

Lantas aku berwuduk untuk menunaikan solat syukur. Syukur kepadaMu ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience