BAB 6

Romance Completed 10104

Hatiku memberontak untuk menghantar SMS kepada Taufiq. Tetapi, aku takut. Serius aku kata, aku payah sikit nak berSMS dengan mana-mana lelaki. Kecuali kawan-kawan sekelas masa sekolah dulu.

Aku jarang berSMS dengan Taufiq. Maklum sahaja, Taufiq beriman orangnya. Semua ahli keluarganya baik-baik. Kadang-kadang aku rasa aku tak layak buat Taufiq. Aku pernah terserempak dengan adik perempuan Taufiq. Cantik dan yang paling penting, alim.

Sewaktu aku berjumpa dengan adik perempuan Taufiq, aku berasa diriku ini terlalu hina di mata Allah. Aku merasakan bahawa diriku ini masih lalai dan ingkar akan perintah Allah dalam menutup aurat. Aku bertudung, tetapi kakiku? Aku lalai menutup kakiku dengan stoking. Sedangkan adik Taufiq memakai stoking.

Sejak dari peristiwa itu, aku berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna. Berkenalan dengan Taufiq mengajar aku banyak perkara.

Peribadi diri dan ahli keluarga Taufiq menyebabkan aku berasa ingin menjadi salah satu daripada ahli keluarga mereka. Aku tahu angan-angan aku ini sia-sia belaka. Berkawan dengan Taufiq sudah membuatkan aku bersyukur.

Telefon Blackberry milikku berdering menyebabkan aku sedikit tersentak. Nama Taufiq tertera pada skrin. Sejurus melihat nama itu, jantungku berdegup pantas. Patutkah aku menjawab panggilan ini? Hmm.. Angkat jela.

“Ya? Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam. Hmm.. Kau dapat tawaran belajar kat mana?” tanya Taufiq.

“Egypt.”

“So, bila pergi?”

“Dua minggu lagi. Aku risau.” Luahku.

“Kenapa?”

“Ibu aku nak kahwinkan aku dengan anak kawan dia.” Tiba-tiba aku menjadi sebak. Aku juga mengawal suara agar Taufiq tidak cam akan suaraku.

“Serious? Habis tu macam mana medic?”

“Lelaki tu akan ikut sama pergi Egypt. Untuk jaga aku kat sana.” Jawabku.

“Oh..”

“Kau rasa aku patut buat macam mana? Aku tak nak kahwin lagi..”

“Aku tak tahu. Kenapa kau tak nak ikut je cakap ibu kau?” tanya Taufiq.

“Aku tak sukakan lelaki tu!” bentakku.

“Dia jahat ke?” cepat Taufiq bertanya.

“Tak adalah.. Dia baik. Tapi..”

“Tapi?”

“Aku sukakan hamba Allah yang lain! Aku tunggu dia..” aku sedikit berkias. Aku berharap sangat Taufiq mengerti.

“Siapa?” tanya Taufiq lagi.

“Rahsia.”

Taufiq tergelak.

“Adoii.. Sempat lagi kau nak berahsia.. Kau ingat kau tu Datuk Siti Nurhaliza? Biarlah rahsiaa..” Taufiq membuat nada lagu Biarlah Rahsia.

Giliran aku pula ketawa.

“Gila. Tapi aku tak boleh terlalu berharap sangat dekat hamba Allah tu.. Sebab dia tak tahu aku sukakan dia.” Ujarku berkias lagi.

“Peliklah kau ni. Eh, aku ada hal. Kawan aku minta tolong siapkan assignment. Kau jangan susah hati tau. Kalau kau dengan lelaki tu ditakdirkan bersama, korang pasti akan bahagia juga. Rancangan Allah semuanya baik-baik. Ingat tu. Aku off dulu. Assalamualaikum.”

Talian dimatikan.

Air mataku menitis. Ada benarnya kata-kata Taufiq itu. Aku tidak boleh bersedih. Aku akan buat apa yang aku nak buat! Go Hannah! You can do it!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience