BAB 12

Romance Completed 10104

Sebulan berlalu..

Kini aku sudah bergelar sah sebagai seorang isteri. Isteri kepada seorang jurutera yang comel! Aku masih tidak percaya bahawa akhirnya aku menjadi miliknya. Padahal aku dengan dia rapat gitu-gitu je dulu. Kuasa Allah, siapa tahu,kan?

“Sebenarnya, abang dah lama minat akak.” Ujar Aisya petang tadi.

“Iya? Mana Aisya tahu?”

“Dia selalu stalk fb akak. Sampai suatu hari dia try nak tegur akak.”

Ha ha.. Aku pun selalu jugak stalk fac dia. Kalau tidak, takkanlah aku boleh kenal wajah umi. Kua kua..

“Tapi, abang ni pemalu. Dia payah nak ngorat orang lain macam lelaki lain. Dia lebih suka diam. Dengan Aisya pun dia tak nak cerita. Payah!” bebel Aisya.

Aku sudah tergelak. Habis pecah semua rahsia Taufiq. Bolehlah aku sakat dia nanti!

“Ini yang tersenyum sorang-sorang kenapa?” tanya Taufiq.

Spoil betul. Baru nak berangan.

“Bila awak start minat saya?” aku bertanya.

“Bila ek? Lupa dah..” balas Taufiq sambil membuat muka.

“Hmm.. Okay.. Tak nak bagi tahu sudah.” Aku berpura-pura merajuk.

Taufiq tergelak.

“Ololo.. Merajuk pulak. Hei. Tak comellah sayang merajuk.” Taufiq duduk di hadapanku. Mataku bertentang dengan matanya. Baru aku tahu mata Taufiq ni berwarna hazel. Cantik!

“Abang..”

Belum sempat Taufiq menghabiskan kata-kata, aku sudah tergelak.

“Kenapa gelak?” tanya Taufiq kehairanan.

“Tak biasa dengar awak bahasakan diri ‘abang’. Kelakar.” Ujarku.

Taufiq turut sama gelak.

“Kenalah biasakan. Kita kan dah suami isteri.” Balas Taufiq.

Aku tersengih.

“Sambung-sambung.” Balasku.

“Abang suka dekat Hannah masa dekat asrama lagi. Dulu budak-budak dorm abang semua pakat duk cerita tentang Hannah. Abang pun try cari siapa Hannah. Rupa-rupanya budak tu..”

“Lepas tu?” aku beria nak tahu.

“Abang buat tak tahu ajela..”

“Cehhh… Itu aje? Tak best cerita abang. Meh nak cerita kisah Hannah pula.” Ujarku bersemangat.

Taufiq menarik tubuhku ke dakapannya. Aku selesa berada di sampingnya.

“Dulu.. Ada budak dorm Hannah, junior la.. Dia kata ada seorang senior hensem. Senior tu minat dekat junior tu. Hannah tanyalah siapa? Dia orang tunjukkan Hannah dekat abang. Hannah tak pandang pun abang masa tu.. Sebab abang tak adalah hensem mana.”

Taufiq mencubit pipiku.

“Apa?? Ee.. pandai kutuk abang eh..”

“Sakitlah.. Itu dululah.. Dulu!” aku tergelak. Nostalgia zaman bila entah! Ha ha..

“Tapi, abang dulu famous jugak eh? Dan gatal! Kecik-kecik dah belajar mengorat! Dengan budak junior pulak tu. Agak-agaklah..” ujarku.

Taufiq pecah ketawa.

“Biasalah tu.. Baru nak masuk alam remaja. Nak try jugak.”

“Gatal!!!” giliran aku pula mencubit pipinya.

“Dengan sayang, tak ada pulak nak mengorat macam tu.” Aku memuncungkan mulut. Geram dengan Taufiq! Tak reti nak tarik perhatian aku langsung dulu.

“kalau abang ngorat sayang dulu, tak adalah kita kahwin macam sekarang. Abang selalu berdoa dekat Allah supaya dijodohkan dengan sayang. Hati abang resah bila dapat tahu sayang kena kahwin dengan Fawwaz. Alhamdulillah berkat doa tu, kita bersama.” Ujar Taufiq.

Aku rasa macam nak menangis pun ada. Aku pun buat benda yang sama. Aku bersabar untuk menerima kebahagiaan seperti ini. Sungguhlah kesabaran itu perit dan akan menghasilkan buah yang paling manis. Subhanallah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience