BAB 1

Romance Completed 10104

Aku memejam mata rapat! Takut untuk melihat keputusan matrik. Macam mana kalau aku tak dapat 4.00? Macam mana aku nak apply medic? Macam mana kalau aku dengan dia berpisah? Macam mana?

“Hoi! Bukaklah mata tu!”

Syifa menghempuk bahuku. Aku menggeleng laju.

“Takuttt!!”

“Gila kau ni. Cepatlah klik enter!” marah Syifa.

“Biar aku jelah yang klik.” Sampuk Qasirah. Laju jari telunjuknya menekan enter pada papan kekunci komputer.

Suasana menjadi hening. Lantas aku membuka mata perlahan-lahan. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini.

“Tahniah Hannah!!” jerit Syifa.

Aku bersyukur ke hadrat-Mu. Mataku mula berlinangan. Syukur kerana aku dapat apply medic. InsyaAllah..

Telefonku bergetar. Skrin telefon kulihat terlebih dahulu. Ibu! Automatik aku menekan punat berwarna hijau.

“Hello. Assalamualaikum.” Aku menyapa.

“Wa’alaikumussalam. Macam mana result?” tanya ibu.

“Alhamdulillah bu. 4 .00..” jawabku.

“Alhamdulillah.. So, bolehlah sambung medic,kan?”

“InsyaAllah..”

“Nanti terus balik tau.” Pesan ibu.

“Baik,bu..” balasku.

Talian dimatikan. Bibirku mengukir senyuman. Masih ada seorang insan yang perlu aku khabarkan berita gembira ini. Aku mendail nombor telefonnya. Jariku tiba-tiba terhenti. Ahh.. Kalau dia tengah sibuk sekarang, macam mana?

“Kenapa Hannah?” tanya Qasirah.

“Tak ada apa-apa.” Ujarku.

“Elehh.. Nak call Taufiq lah tu.. Call jelah.. Bukan ke dia suruh kau call dia lepas tau result?” Syifa berbicara.

“Tapi.. Kalau dia ada kelas sekarang macam mana? Nanti aku ganggu dia pulak.” Aku menopang dagu di atas meja.

“Hish kau ni! Tak call lagi, macam mana nak tahu dia busy atau tak! Payah betul.” Marah Syifa.

Aku tersengih. Sahabat-sahabat aku ini maju benar bercinta! Aku memang payah nak terlibat perkara-perkara macam tu. Cuma sejak akhir-akhir ini, aku seperti terjatuh hati pulak dekat lelaki yang bernama Taufiq ni. ‘Ter’ okay!

Taufiq adalah kawan aku masa sekolah menengah. Sebenarnya, aku tak rapat masa sekolah menengah, tetapi kami mula rapat sejak aku masuk matrikulasi dan dia sambung diploma dalam bidang kejuruteraan.

Umur Taufiq tua setahun dari umurku. Ramai orang tanya hubungan kami berdua. Tetapi, bagi aku hubungan antara aku dengan Taufiq tidak lebih dari kawan. Itu jawapan yang keluar dari mulut aku. Kalau hati, hanya Allah sahaja yang tahu.

“Aku call eh?” perlahan-lahan aku mendail nombor telefon Taufiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience