BAB 8

Romance Completed 3415

“Entahlah Angah. Kalau buat pilihan sendiri, nanti kalau bermasalah, Sara jugak kena tanggung. Kalau terima pilihan keluarga, takut masa tu hati Sara dah tak ada ruang. Sebab tu Sara cuba elakkan semua tu sedaya yang boleh.” Aku diam seketika.

“Tapi … kalau ibu, Along, Angah, Achik dan Adik kata orang tu dah cukup baik, mungkin … mungkin betul dia yang patut Sara terima.”

Aku pandang semula muka Angah. Terangguk-angguk kepalanya dengan jawapanku.

“Insya’ALLAH, Sara! Kalau ibu, Along, Angah, Achik dan Adik berkenan … sebab kami yakin orang tu boleh jaga, boleh bahagiakan Sara! Kalau kami tak percayakan dia, dah tentu kami tolak awal-awal! Yang penting, Sara bahagia!”

Kata-kata Angah aku sambut dengan anggukan sahaja.

Keriuhan yang tiba-tiba dari halaman rumah membuatkan aku dan Angah sama-sama menoleh ke arah itu. Kelihatan sebuah kereta berwarna putih dari jenis … jenis apa entah, menyusur masuk ke kawasan laman. Setahu aku, tadi Along dijemput keluar oleh kawannya. Dan aku sempat menitipkan pesan supaya Along menghantar laptop ke kedai untuk dibaiki. Barangkali Alonglah yang pulang tu!

Aku melihat tiga orang lelaki keluar dari perut kereta. Memang benar, Along bersama dua orang lelaki yang aku tak kenali. Kawannya, mungkin! Tapi, di tangan Along ada beg laptop aku! La … takkan Along lupa nak hantar ke kedai pulak?! Kalau tak baiki, macam mana aku nak buat kerja?!

“Panjang umur betul! Agak-agaknya memang korang ada jodoh!” Tiba-tiba Angah bersuara, disambung dengan tawa kecil. Sesungguhnya aku tak faham! Aku hanya mengerutkan dahi dan terus memandang ke arah 3 orang lelaki di laman rumah itu. Mereka sedang bercakap-cakap.

“Yang pakai t-shirt biru muda tu lah Khairil Hafiz. Yang sorang lagi tu Adzhar, kawan Along jugak.” Angah menjelaskan tanpa kupinta. Oh … patutlah dia gelak tadi!

Lagilah semangat aku memandang lelaki itu. Jarak kedudukan kami sekarang yang tidak seberapa jauh membolehkan aku melihat rupanya dengan jelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience