BAB 12

Romance Completed 3415

Aku mengunyah nasi putih berlaukkan ayam masak merah perlahan-lahan. Nasi yang keras ini benar-benar menyakitkan tekakku. Ditambah pula dengan lauk ayam yang melampau masinnya. Dalam ketiadaan mood begini, segala benda rasa tak kena. Aku makan sekadar untuk menemani Yani dan mengalas perut yang benar-benar kelaparan sahaja. Kalau tak, memang aku sanggup pejam mata atas katil di bilik saja.

Aku tak hiraukan keadaan sekeliling yang hingar-bingar. Cuma sesekali aku melingas ke kiri dan kanan. Namun seketika, aku memandang semula ke sebelah kanan. Seorang lelaki berdiri betul-betul di sebelah mejaku, yakni betul-betul di sebelah bahu kananku, dengan senyuman bergayut di bibirnya. Nasi yang masih memenuhi mulut dan belum dikunyah, dirasakan benar-benar mencekik. Sehinggakan aku tercekik dan tersedak. Lalu aku cepat-cepat mencapai gelas yang berisi teh beng.

Lelaki itu pula yang lebih pantas. Disuakannya gelas itu kepadaku, sehinggakan aku terasa malu pula. Kenapalah kau tengok aku dalam keadaan macam ni?!

Buat pertama kalinya aku tak mampu menghabiskan nasi yang masih bersisa. Yani pula cepat-cepat meminta diri, meninggalkan kami berdua. Lelaki itu pula mengambil tempat betul-betul di hadapanku. Tak keruan aku dibuatnya!

“Awak buat apa kat sini?” Soalku setelah selesai mengelap mulut dengan tisu.

“Saya mengajar kat sini.” Ringkas sahaja dia menjawab.

Aku terangguk-angguk. Tetapi kemudian, aku memandangnya semula dengan mata yang terbuntang luas dan dahi yang berkerut.

Lelaki itu senyum lagi.

“Saya apply jadi pensyarah kat UPM, dan tolak semua offer kerja kat tempat lain. Sebab kat UPM, saya boleh jumpa tunang saya tiap-tiap hari.” Tenang sahaja dia menjawabnya.

Ya ALLAH! Argh!!! Terasa mahu aje aku menjerit sekuat hati saat ini jugak!

Sebaik sahaja turun dari kereta tunanganku itu, laju sahaja tanganku menghubungi Angah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience