BAB 5

Romance Completed 3415

Terangguk-angguk anak jati Tapah itu sambil turut meletakkan jarinya ke bibir. Senyuman lebar menghiasi bibirnya.

“Eh … sape?! Orang mana?! Dah keje ke blaja lagi?! Macam mana korang boleh jadi?!”

Bertalu-talu soalan ditujahnya. Nah! Amik kau Maisara Adila! Kan dah kena!

“Em … em …” Terkulat-kulat aku nak jawab pertanyaan Yani. Tak terfikir pulak tadi!

Nak letak nama ape?! Takkan nak tiru Arissa, letak nama Akif Zamani kot?! Kantoi nanti!

“Kawan Along yang nama Khairil Hafiz tu sekarang tengah sibuk nak sambung Master kat University of Wales pulak. Adik blaja lah rajin-rajin, nanti kalau dapat sambung kat luar negara, sambil-sambil blaja, dapat jugak tengok negara orang. ” Tiba-tiba terngiang-ngiang suara Along yang bercerita tentang kawannya pada Adik semasa cuti hari raya tahun lepas. Adik pun nampak berminat sikit nak belajar bila dengar cerita Along. Siap turut berborak sekali masa kawan Along itu datang berhari raya di rumah. Tapi aku tak keluar pun, malahan tak pernah tengok pun macam mana rupa mamat tu!

Bagus! Dapat ilham lagi!

“Nama dia Khairil Hafiz bin Khairuddin. Kawan Along aku. umur pun sama ngan Along, 27 tahun. Sekarang tengah buat Master kat University of Wales. Orang Fizik, dari Petaling Jaya.” Dengan penuh yakinnya aku bercerita. Maaflah wahai Khairil Hafiz!

Siapa sangka dalam 3 tahun ni aku hidup dengan meneruskan penipuan tersebut. Bukan setakat pada Yani, malahan semua rakanku! Itupun gara-gara si Yani yang gatal mulut pergi sebar kat rakan-rakan yang lain! Habis semuanya tahu dan percaya bahawa aku tunangan seseorang!

Kadang-kadang kesian jugak kat Yani, bertahun-tahun kena tipu hidup-hidup. Tapi, demi kebaikan aku jugak! Macam-macam helah aku bagi bila Yani mintak nak tengok rupa ‘tunanganku’. Terlalu peribadilah, tak ada dalam simpananlah, tak sempat amik gambar terbarulah, semuanya alasan yang selalu aku utarakan pada Yani! Agaknya dia pun dah jemu dengar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience