BAB 3

Romance Completed 3415

Ringkas, padat, dan paling penting, pedas sehingga terasa panas dadaku! Saat itu juga aku menangis teresak-esak. Menyesali tindakanku, dan sedih kerana Along benar-benar telah ‘menjatuhkan hukuman yang sangat berat’. Niat Along baik, tetapi caranya terlalu kasar dan menyakitkan.

Semenjak peristiwa itulah aku jadi serik. Amar Raziqi juga sudah hilang keistimewaannya pada kaca mataku. Aku menoktahkan kemesraan kami yang baru berputik, sehinggakan dia tertanya-tanya dan penasaran. Tetapi mujurlah dia akhirnya menerima keputusanku, walaupun dalam keterpaksaan dan penuh tanda tanya. Biarlah! Biar aku seorang yang menanggung semua ini! Aku tak mahu melibatkan sesiapa pun lagi dengan kehidupanku!

“Sara … aku tanya sikit, boleh tak?” Yani tiba-tiba bersuara, memecah kebisuan yang hadir sejak tadi dalam bilik yang kami kongsi bersama.

Aku pandangnya sekilas sebelum menghalakan mata ke arah helaian-helaian kertas nota, latihan dan buku rujukan yang memenuhi meja belajarku. Tarian pena biru yang terhenti seketika kembali meluncur laju, memahatkan ukiran-ukiran pada dada-dada kertas yang putih bergaris itu.

“Apa dia?” Tanyaku sepatah sambil terus menjawab soalan Ekonomi yang diberikan oleh Puan Rosmani semasa kuliah pagi tadi.

“Irfan.” Yani menjawab. Sepatah juga.

Dah agak dah! Dari tadi lagi aku tengok mulut dia macam nak cakap sesuatu! Tak lain dan tak bukan, mesti si Irfan tu cerita kat dia! Eh … lupa! Kan budak Yani ni yang sibuk suruh Irfan mencuba! Kalau Irfan tak bukak cerita pun, mesti Yani sibuk nak tahu jugak!

“Hm … Kenapa dengan Irfan?” Aku masih meneruskan kerjaku, berpura-pura tak reti walhal memang dah masak sangat dengan situasi macam ni. Agak-agaknya macam mana muka si Yani kat belakang sekarang ni?! Mesti dia buat ‘muka-muka’ dia tu!

“Kenapa … kenapa kau tolak dia? Sedangkan aku tahu yang kau solo, dia solo, dan aku rasa korang sesuai bersama.” Hah … itu dia! Siap dengan andaian dia lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience