BAB 2

Romance Completed 3415

Kerajinan aku ke sekolah walaupun alasannya kerana PMR dah dekat, tetap membuatkan Along yang ketika itu sedang bercuti semester mengerutkan dahi. Tembelangku pecah tatkala Along tiba-tiba terpacak di depan pagar sekolah untuk menjemput aku pulang selepas habis perbincangan secara kumpulan. Memang benar aku bersama beberapa orang rakan sekelasku belajar bersama. Tapi ketika berjalan keluar dari pagar sekolah sebaik sahaja selesai group discussion, aku berjalan seiringan dengan Amar Raziqi! Ya, dia bukan sekelas denganku! Tetapi mendapat ‘jemputan khas’ untuk menyertai kumpulanku pada hujung minggu itu.

Aku sedar pandangan tajam Along. Dahlah hanya kami berjalan bersama, pakaian pula sama merahnya! Lagi teruk, aku langsung tak sedar Wira kelabu milik arwah ayah yang dipandu Along sudah lama tersadai di seberang jalan, betul-betul bertentangan dengan pintu pagar! Dah tentu Along nampak kami bergelak ketawa sejak dari dalam kawasan sekolah lagi. Aduh … !!!

“Patutlah rajin sangat pergi sekolah! Kononnya ulang kaji! Padahal … !”

Sinis suara Along menegurku sebaik sahaja kereta itu mula meluncur di atas jalan raya. Sengaja dia tidak menghabiskan kata-katanya, tapi aku tetap dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan. Aku hanya mampu telan liur, tadah telinga, dan kunci mulut. Benar, aku mengaku aku salah! Dan aku terima setiap ayat yang dimuntahkannya!

Namun, gugur juga air mataku disebabkan Along. Ya, aku terima sahaja kata-katanya! Meskipun hati terasa pedih. Cumanya, kepiluan itu mencengkam apabila Along tidak terus membawaku pulang, sebaliknya menghalakan kereta ke arah kawasan perkuburan. Berteleku, berzikir dan menyedekahkan bacaan suci di kuburan arwah ayah.

“Penyakit yang elok-elok tak ada, jangan dicari! Along harap sangat Sara ingatkan sikit harapan arwah ayah, ibu, masa depan Sara sendiri! Belajar dulu sampai berjaya! Lepas tu baru fikir benda-benda lain!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience