BAB 11

Romance Completed 3415

“Oh! Ya, Hafiz Bazli! Maaf la, terlupa! Ya, kenapa you call I tiba-tiba ni?! Let me guess! Nak jemput makan nasik minyak?! Wow! Who’s that lucky girl?!” Sengaja aku terus-terusan memprovok budak lelaki yang aku tahu, dari dulu lagi admire aku.

“Well! Ya, I nak jemput you makan nasik minyak! Tapi … nasik minyak kita berdua! Sara … would you marry me?!”

“Hah??!!” Ternganga dan terdiam aku seketika. Seketika kemudian, meletus tawa besarku.

“Hafiz! Okey … funny! Really funny! So … the real story is?!” Aku diam sebentar, memberi ruang kepada lelaki itu menjawab.

“Sara, I’m serious. I nak bagitau you yang I dah suruh mak I masuk meminang! Dalam masa yang terdekat ni!” Kali ini aku memang betul-betul terdiam. Langsung tak mampu bersuara.

Langsung tak tenteram hidupku selepas menjawab panggilan itu. Nak cerita kat Yani kan, nanti pecah habislah tembelangku. Nak mengadu kat Angah, Angah tengah sibuk dengan projeknya. Sudahnya, aku menangis sendirian. Inikah balasannya atas penipuanku selama ni?!

Tiga hari kemudian, aku menerima panggilan daripada ibu. Perkhabaran yang kuterima benar-benar telah melemahkan seluruh tubuhku. Terasa hancur segala harapan dan impian yang baru nak bersemi.

“Sara … ibu, Along, Angah, Achik dan Adik bersepakat menerima pinangan Hafiz untuk Sara. Sekarang, Sara dah jadi tunang orang. Jadi Sara jagalah nama baik Sara baik-baik. Nanti bila Sara dah habis belajar hujung tahun ni, kita buat kenduri, ya. Sara pun dah dewasa. Dah sampai masanya untuk Sara berkeluarga.” Kata-kata ibu akan telan bersama air mata. Ya ALLAH! Aku diuji setelah hatiku dicuri! Balasankah semua ini, ya ALLAH?!

Hilang segala keceriaan hidupku. Hanya dua bulan sahaja lagi, aku akan bergelar isteri orang. Isteri kepada seorang lelaki bernama Hafiz! Entah bagaimana kami akan melayari bahtera rumah tangga bersama sedangkan hatiku seakan-akan telah mati. Ya ALLAH! Bantulah hamba-MU ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience