BAB 1

Romance Completed 3415

“I’m so sorry! Really sorry Irfan. Saya tak dapat nak turutkan permintaan awak tu. Untuk pengetahuan awak, tempat di hati saya ni sudah lama terisi. Jadi … harap awak faham.”

Aku pandang muka pemuda 21 tahun itu sekilas. Ada garis kekecewaan di situ. Tapi hatiku langsung tidak terusik. Pendirianku tetap sama. Penyakit yang elok-elok tak ada, jangan dicari! Pesanan keras Along yang benar-benar tak mampu dilunturkan dari kotak ingatan.

Dah 5 tahun berlalu sejak ayat itu menerjah gegendang telingaku, tapi powernya, fuh …!! Sampai sekarang pun melekat elok dalam kepala otak. Agak-agaknya kerana si penuturnya itu telah lama mendapat tempat teratas dalam hidupku. Siapa tak kenal Lukman Hakimi bin Wahid! Garang dan tegasnya sampai orang takut nak tegur!

Bagaimana Along boleh menuturkan ayat berbisa begitu??

Kisahnya … 5 tahun yang lalu, aku telah melakukan satu tindakan yang telah menaikkan kemarahan Along. Dalam usia 15 tahun, aku kira normallah kalau aku mula sukakan seseorang, mula berkawan dengan seseorang, yang berlainan jantina denganku. Apatah lagi budak lelaki itu sememangnya punya rupa dan menjadi sebutan dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan di sekolahku. Jadi sebaik sahaja Amar Raziqi bin Rashid yang sudah lama aku curi-curi pandang itu menghulurkan salam perkenalan, memang aku tak tunggu lama lagilah, terus sahaja aku angguk, senyum. Bermulalah sketsa-sketsa indah di sekolah. Kalau dulu sikap malasku ke sekolah yang selalu membuatkan Along sakit kepala, sekarang kerajinanku pula yang buat Along risau!

Kenapa aku takut sangat kat Along?? Kerana Along telah memainkan peranannya sebagai ‘ketua keluarga’, menggalas tanggungjawab yang arwah ayah tinggalkan. Walaupun usianya baru menjangkau 22 tahun, Along langsung tak pernah bersungut. Pemergian arwah ayah dua tahun sebelumnya benar-benar membawa perubahan dalam diri Along. Daripada seorang yang agak mementingkan diri, Along terpaksa berkorban dan mengalah dalam banyak hal semata-mata untuk membantu ibu menjaga dan membesarkan empat orang adiknya yang masih bersekolah. Masa tu, Angah (Fikri Hamidi) di tingkatan 5, aku (Maisara Adila) di tingkatan 3, Achik (Fahri Hazim) baru darjah 6, dan Adik (Fariz Hazwan) dalam darjah 3.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience