BAB 6

Romance Completed 3415

Entah mengapa, tiba-tiba timbul rasa tak sedap hati. Meronta-ronta keinginan untuk melihat rupa ‘tunang’ sendiri. Dua tiga hari ini perasaan itu makin mendesak, sehinggakan hati menjadi resah gelisah. Sekarang ni musim cuti semester. Kalau nak tengok sangat, senang aje, mintak kat Along! Tapi tanggunglah apa akan jadi nanti! Ei … tak sanggup pulak nak membayangkannya!

Dengan hati yang tak tenteram, memang aku perlukan teman berborak sangat-sangat. Angah sahajalah rasanya yang boleh mendengar dan memahami dengan baik. Walaupun Angah orang sains, bidang pulak perubatan, namun setakat ini, Angah tak pernah menghampakanku. Kalau nak bermanja pun, pada Angah jugak! Lagi-lagi dengan statusku, anak tunggal perempuan! Sibuk macam mana sekalipun, Angah tetap melayan kerenah adik perempuan kesayangannya ini!

“Angah pernah tengok, kan rupa kawan Along yang nama Khairil Hafiz tu? Macam mana orangnya? Hensem tak?” Selepas berbasa-basi seketika, aku terus ke tujuan asal. Aku perasan pandangan Angah dengan muka berkerut kehairanan. Tetapi sengaja aku buat tak tahu, terus menggemburkan tanah untuk mengeluarkan ubi. Kalau diikutkan, malas aku nak bersama-sama dengan Angah kat kebun ni, bergelumang dengan tanah, tapi kerana hajat yang satu itu, aku tahankan juga.

“Macam kita jugak. Ada dua mata, dua kening, satu mulut, tapi lubang hidung tetap dua.”

“Ala Angah … janganlah main-main.” Tak berminat nak bergurau saat-saat rasa ingin tahu membuak-buak.

“Hm … hensem tu memang hensem! Kulit sederhana, agak tinggi, tubuh sasa dan tegap. Kenapa tiba-tiba Sara tanya pasal dia pulak ni?!”

Serba-salah jugak aku nak bukak cerita. Tapi kalau tak kongsi dengan Angah, nak cerita kat sape lagi?! Hanya Angah yang suka layan aku!

“Sebenarnya kan, Sara tipu kawan-kawan Sara, guna nama dia. Diorang sibuk nak carikan Sara boyfriend. Mula-mula dulu Sara biarkan aje. Bila dah lima enam orang budak laki diorang ‘hantar’, Sara mula bengang! Jadi … last-last, Sara kata Sara dah bertunang. Diorang pun tanya sape, orang mana, semua pakat duk selidik. Masa tu yang terlintas kat kepala ni nama kawan Along tu je. Angah bayangkanlah, dah 3 tahun cerita ni berlarutan. Lama sangat! Sara nak jugak tahu macam mana orangnya ‘tunang’ Sara tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience