BAB 10

Romance Completed 3415

Gulp! Ya ALLAH! Hati ini mula tak keruan. Menghadapnya secara bersemuka?! Oh … tidak …!!!

Sejak mengenali ‘tunang’ sendiri, aku dapat merasakan ada perubahan yang benar-benar meresahkan dalam diriku. Wajahnya menari-nari di ruang mata, senyumannya terbayang-bayang, di ingatan, suaranya terngiang-ngiang di telinga. Parah!! Aku sudah terlampau parah!!

Teringat kembali usikan nakal Angah padaku keesokan harinya, selepas ‘bersemuka’ dengan Khairil Hafiz.

“Wah! Dating dengan ‘tunang’ ye semalam! Depan Along lagi! Apa macam?! Best tak?!”

Ei …! Boleh naik gila aku kalau duk layan Angah yang suam ni!!

“Best! Tapi mesti lagi best kalau Hafiz betul-betul masuk meminang! Betul-betul jadi tunang! Pastu dia tolak offer kerja kat tempat lain, apply jadi pensyarah kat UPM! Boleh jumpa hari-hari! Kalau camtu mesti lagi best!!!” Sengaja aku ikut rentak Angah. Hah! Kan dah diam tu!!

Imbauan itu berterbangan hilang apabila telefon bimbitku tiba-tiba menjerit, menandakan ada panggilan masuk. Sambil mengurut-urut dada, aku menatap skrin. Hafiz!

Hafiz mana?! Takkanlah Khairil Hafiz! Tak pernah aku simpan nombor mamat tu!

“Helo.” Aku jawab juga dengan kepala otak yang ligat berfikir.

“Helo! Sara, apasal lambat sangat jawab?! You kat mana?!” Suara di sebelah sana kedengaran. Bukan suara ‘dia’!

“Helo. Er … sori! You ni sape ye?!” Sebenarnya teragak-agak jugak aku nak bertanya macam tu. Dah tentulah terasa hati dia.

“Ya ALLAH! Sara, it’s me, Hafiz! Your ex-classmate! Form 4 Utarid and 5 Uranus!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience