BAB 7

Other Completed 2916

Sudah tentu dia akan berasa sakit yang tidak terhingga. Tetapi dia mesti menahannya. Ini bukan kerja main-main. Ini bagi menyiapkan sebuah

masterpiece!

Dia menyeringai menahan sakit. Azabnya tidak tertanggung. Dia terduduk sambil memegang kepalanya yang dirasakannya hampir pecah. Ketika itu dia teringatkan Marc Quin atau mungkin juga Millie Brown, yang juga menanggung azab ketika menyiapkan mahakarya mereka.

Tetapi adakah mereka merungut? Sudah tentu tidak. Itu harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang artis terkenal. Apabila memikirkan hal itu, dia bingkas bangun dan terus menghantukkan lagi kepalanya ke dinding.

PUK! PUK! Dia hantuk lagi. Kali ini dia teringatkan pula Chris Burden atau Marina Abramovic yang juga menderita sepertinya. Semangatnya semakin membara. Dan darah menyembur lagi dari kepalanya. Darah! Darah banyak keluar!

Dia tidak boleh membazirkan darah yang mengalir itu. Dia mesti menggunakan medium dengan sebaik mungkin. Dia menempelkan badannya ke dinding. Jadi satu corak lagi. Hatinya puas.

Dia memandang dinding. Corak-corak yang terbentuk kelihatan kacau bilau. Sekacau fikirannya sekarang. Masih banyak lagi ruang kosong. Dia mesti memenuhkan seluruh ruang. Dia meraba dahinya. Dia rasa dahinya kasar dan melekit.

Mungkin dahinya sudah hancur. Mukanya juga sudah dibasahi darah. Tetapi dia mesti meneruskan kerjanya menghantuk kepala. Dia mulai risau jika darah tidak akan mengalir lagi lagi dahinya.

Mungkin dia perlu menikam dirinya atau mengelar lehernya. Tetapi buat masa sekarang, dia masih boleh menghantukkan kepalanya ke dinding.

PUK! PUK! PUK! Kali ini dia terdengar bunyi sesuatu merekah. Dia terkebil-kebil tidak dapat menggambarkan kesakitan yang ditanggungnya. Kepalanya seperti mahu pecah.

Otaknya seperti mahu meletup. Dalam kesakitan itu, dia meraba-raba dinding jika dinding itu merekah. Jika benar, rosaklah mahakaryanya. Tidak, dinding itu tidak rosak. Kali ini ini dia raba pula dahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience