Apa yang orang pragmatik macam Nizam tahu tentang manusia seni sepertinya? Nizam hanya kerja, kerja dan kerja sahaja. Cukup bulan dapat gaji. Dia pun hairan, orang seperti Nizam ada impiankah? Ada cita-citakah? Baginya, Nizam adalah lawan kepada sifat dirinya walaupun mereka berkawan. Nizam tiada cita-cita. Nizam tiada impian selain dunia kecilnya dalam syarikat penghantaran itu. Mungkin orang akan menganggap Nizam sebagai seorang contoh rakyat yang berjaya.
Update 06 December 2024