BAB 8

Other Completed 2916

Dia terasa satu jalur yang tidak sekata dari tengkorak dahinya. Adakah kepalanya sudah pecah? Dia tidak tahu. Yang dia tahu darah mengalir seperti air paip keluar dari rekahan itu. Dia juga baru sedar darah mengalir tidak henti dari kedua belah telinganya.

Pandangannya kabur. Dia tidak tahu adakah pandangannya kabur kerana badannya kekurangan darah atau matanya digenangi darah.

Apa yang sempat dilihatnya ialah mahakaryanya yang masih belum siap dan dia tahu dia tidak akan sempat menyiapkannya kerana pandangannya mula gelap. Tanpa sempat mengucapkan apa-apa, dia jatuh terlentang. Keras dan kaku tidak bernyawa lagi.

Dua hari selepas itu, entah kenapa Nizam tergerak hatinya untuk melawat rakannya Nordin. Dia memang sudah lama tidak rasa sedap hati dengan perangai Nordin. Mungkin Nordin terlalu tertekan ketika kerja atau terlalu memikirkan cita-citanya yang tidak tercapai.

Dia tidak tahu. Yang dia tahu, orang seperti Nordin sepatutnya menerima bantuan psikologi atau sekurang-sekurangnya, bekalan Prozac yang mencukupi.

Nizam mengetuk pintu rumah Nordin. Namun tidak berjawab. Dia mula memikirkan untuk menendang sahaja pintu itu tapi dibatalkannya selepas didapati pintu itu tidak berkunci.

Langkah kakinya ke dalam rumah itu hampir terbantut apabila dia terbau busuk yang yang menusuk ke pangkal hidung. Dia memandang sekeliling. Memang ini rumah Nordin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience