BAB 2

Other Completed 2916

“Aku tahu kau boleh melukis, Din. Tapi takkanlah sampai nak berhenti kerja. Kau anggaplah ini cubaan pertama kau. Kau melukislah waktu malam. Siang kau pergi kerja.” kata Nizam menggeleng-gelengkan kepala.

Nordin diam tidak berkata apa-apa. Memang dia akur dengan rakan baiknya untuk tidak memberikan notis berhenti bagi melukis sepenuh masa. Tetapi nampaknya prestasi kedatangannya ke tempat kerja tetap jatuh.

Ada-ada sahaja hari yang dia tidak datang kerja dan apabila ditanya Nizam, dengan selamba dia akan menjawab, untuk menyiapkan mahakaryanya. Mengingatkan perkara itu hanya menambahkan bengkak di hatinya.

Lebih baik dia berbaring mencari idea bertemankan bantal busuk dan tilam usang daripada memikirkan amarahnya pada rakannya itu.

Nordin masih lagi bermalas-malas di atas katilnya. Semalaman dia berjaga untuk mencari idea bagi mahakaryanya. Tetapi satu pun tidak keluar.

Dia sudah nekad, kerjanya sebagai kerani kewangan di sebuah syarikat hartanahlah yang menghalangnya selama ini untuk menghasilkan karya yang agung. Hatinya tawar untuk pergi kerja.

Dia perlu meluangkan lebih banyak masa untuk menghasilkan karya agungnya.

Dia hairan dengan manusia sepertinya. Mereka sanggup lupakan bakat dan minat mereka kerana mengejar duit.

Berapa ramai pelukis, penulis, pemain gitar ataupun pemidato yang melupakan bakat mereka kerana terlalu sibuk dengan kerja yang langsung tiada kaitan dengan kemahuan dan bakat mereka, tetapi berlandaskan duit semata-mata.

Kerja yang mereka buat langsung tidak dihargai, malah semuanya kerja tetek bengek yang sebenarnya tidak penting langsung bagi sesiapapun.

Nordin teringatkan kerjayanya. Kerjanya menguruskan gaji, cek, duit masuk, duit keluar. Semuanya dilakukannya dengan begitu komited dan cemerlang, seolah-olah itulah kerja yang paling penting sekali di dalam dunia.

Dan itulah yang diberitahu oleh bosnya setiap masa. Kerjanya adalah kerja yang paling penting sekali. Tanpanya, sesebuah syarikat itu akan lumpuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience