BAB 6

Other Completed 2916

Nordin tersenyum sendiri. Ya, dia akan jadi terkenal tidak lama lagi. Kanvas putih ini akan dia calit dengan sebuah calitan mahakarya yang akan menggegarkan dunia.

Dia cuma perlu sedikit masa supaya idea hebat dalam benaknya ini dapat keluar dan diluahkan. Mungkin dia perlu tidur. Atau mungkin tidak. Tidur akan menyebabkan otaknya tumpul. Ideanya akan kering. Calitannya akan basi. Semangatnya akan pudar.

Jadi dia sendiri sudah lupa berapa hari dia tidak tidur. Dia merenung kanvas di depannya yang masih tidak terusik. Di manakah idea? Kenapa tidak mahu keluar?

Dia mula menghantukkan kepalanya ke dinding. Sakit. Tetapi dia buat lagi. Mungkin dengan cara ini darah di dalam otaknya akan lebih lancar mengalir. Darah yang lancar akan menghasilkan idea yang luarbiasa.

PUK! Dia hantuk lagi. Sakitnya memang luar biasa. Tetapi ditahannya. Kali ini dia mula merasakan kelainannya. Dia sudah mula merasakan satu semangat baru meresap dalam kepalanya.

Dia sudah ada idea! Kali ini dia akan menyiapkan mahakaryanya pada dinding ini. Bukan lagi di atas kanvas. Karya di atas kanvas biasa sahaja. Tidak cukup grand.Tidak cukup unik. Dia perlukan sesuatu yang luarbiasa uniknya.

PUK! Dia hantuk lagi kepalanya. Kali ini darah merah pekat mula mengalir dari dahinya. Sakitnya bukan kepalang.

Tetapi dikacip giginya kemas-kemas. Ditahan rasa sakitnya walaupun batinnya meraung pedih. Kali ini idea baru pula muncul. Dia akan menghasilkan karya menggunakan darahnya!

Setiap kali kepalanya dihantukkan, ketika itulah dinding itu akan menghasilkan satu corak istimewa dari percikan darahnya. Jika dibuat dalam bilangan yang cukup banyak, percikan darahnya akan menghasilkan satu corak yang cukup indah. Sakit?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience